NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN tak akan kemuka cadangan peruntukan Ahli Parlimen, kata Tuan Ibrahim

Ahli Majlis Tertinggi PN Tuan Ibrahim Tuan Man berkata gabungan itu tidak mahu mengemukakan cadangan berkait peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.


PETALING JAYA: Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengemukakan cadangan berkait peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, berbeza dengan pendirian Ketua Whip, Takiyuddin Hassan, minggu lalu yang mahu mengadakan pertemuan bersama perdana menteri bagi tujuan itu.

Memetik laporan Sinar Harian pada 1 Mei, Takiyuddin berkata, beliau dan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin akan mengadakan perjumpaan bersama Anwar Ibrahim susulan kenyataan perdana menteri sebelum itu mengatakan “masih menunggu permohonan”.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN, memberi alasan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyalurkan terus peruntukan itu kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, hari ini, menyatakan kerajaan masih menunggu cadangan pembangkang berhubung peruntukan itu.

“Saya pun tahu apa cadangan dimaksudkan, apa jumlah peruntukan atau perincian peruntukan. Semua perbelanjaan terikat dengan peraturan dan laporan lengkap.

“Ya, (tidak akan kemuka cadangan tapi) salurkan terus,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kepada FMT.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya terus menyalurkan peruntukan itu sebagaimana disalurkan kepada wakil rakyat kerajaan.

“Kami bukan penagih yang perlu merayu-rayu macam peminta sedekah, sebaliknya kerajaan adil akan menyalurkannya.

“Ini bukan kepentingan Ahli Parlimen sebaliknya untuk rakyat telah memilih kami dalam PRU lalu. Saya harap sebagai sebuah kerajaan madani, laksanakan agihan tersebut,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo