NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengkritik Dr M ‘sekongkol’ bersama perasuah, dakwa Hadi


PETALING JAYA:
Presiden PAS Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi dakwaan kontroversinya mengaitkan bukan Islam dan bukan Melayu sebagai perasuah, dalam usaha menyokong Proklamasi Orang Melayu digerakkan Dr Mahathir Mohamad.

Dalam hantaran di Facebook, Hadi berkata, PAS menyokong usaha permulaan Mahathir menemukan pemimpin Melayu, ilmuwan, parti politik, NGO, dan orang berpengaruh.

Beliau menyeru Mahathir mengenepikan “mereka yang tenggelam” mengejar cita-cita sehingga matlamat menghalalkan segala cara dengan menyerang tokoh Melayu berjaya dalam politik, ekonomi, dan akademik.

“Pada masa yang sama, mereka itu bersekongkol dengan kalangan yang nyata bukan Islam dan bukan Melayu yang paling besar dan banyak penyakaunya, paling ramai yang kaya-raya menjadi penyumbang dan penerima rasuah,” katanya.

“Bahkan, turut bersamanya kalangan yang ekstrem politiknya terhadap Islam dan Melayu.”

Minggu lalu, Hadi menandatangani Proklamasi Orang Melayu sebagai tanda sokongan kepada gesaan Mahathir untuk menyatukan dan “menyelamatkan” masyarakat itu.

Pada Ogos tahun lalu, Hadi mencetuskan kontroversi apabila menunding jari kepada bukan Muslim dan bukan Bumiputera sebagai “perosak politik dan ekonomi negara”.

“Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran, dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.

Dakwaan itu membawa kepada 28 laporan polis terhadap Ahli Parlimen Marang itu dengan polis menyiasatnya kerana hasutan.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo