NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengampunan Najib tidak boleh diterima akar umbi DAP, kata bekas MP Bangi

UMDAP - singkatan UMNO dan DAP setelah kedua-duanya bekerjasama dalam Pakatan Harapan sebagaimana disebut Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.




Walaupun sudah membentuk kerajaan bersama UMNO, namun DAP tidak boleh menerima dan berkompromi dalam isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Ahli Parlimen DAP (Bangi), Ong Kian Ming berkata terdapat batasan dalam menjalinkan kerjasama dengan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan campuran, tetapi pengampunan  Najib adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akar umbi DAP.

“Saya rasa untuk akar umbi dan mungkin juga pemimpin DAP, ‘red line’ itu adalah pembebasan Bossku,” katanya merujuk kepada nama gelaran Najib yang dipetik dalam laporan Malaysiakini.

Kian Ming menjadi tetamu jemputan dalam program podcast ‘Keluar Sekejar’ yang dikendalikan bekas pemimpin UMNO, Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kian Ming disoal berhubung kompromi yang telah dibuat DAP dan Pakatan Harapan (PH) setakat ini dalam menjalinkan hubungan politik dengan UMNO.

Ia termasuk pelantikan ahli politik bagi mengetuai agensi kerajaan – isu yang ditentang PH ketika mereka menjadi pembangkang.

Kian Ming berkata DAP mungkin masih boleh “menelan” kompromi seumpama itu, seperti pelantikan ahli politik dalam agensi kerajaan, namun kompromi itu tidak sehingga di tahap pembebasan Najib dari penjara.

“Itu saya rasa sesuatu yang agak serius. Jika akar umbi melihat kerajaan perpaduan ini berusaha begitu keras untuk mempercepat pengampunan Bossku, ia akan mencetuskan rasa tidak puas hati.

“Isu seperti pelantikan (ahli politik) dalam gensi kerajaan boleh terima lagilah,” ujarnya lagi.

Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu, menolak permohonannya untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dikenakan berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Terdahulu, UMNO membidas Parti Amanah susulan pertikaian dalam isu melibatkan pengampunan Najib sehingga berlaku ketegangan.

Susulan itu, pemimpin Amanah terpaksa meminta maaf selepas kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad menyinggung UMNO berhubung isu pengampunan Najib.


Sumber I Agenda Daily



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo