NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO Pulau Pinang tolak cadangan PMX supaya projek tambak dikecilkan



Projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) perlu dibatalkan dengan serta-merta, gesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti nelayan dan aktivis alam sekitar di negeri tersebut.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara), Ibrahim Che Ros mengesahkan beliau dan Timbalan Pengerusi PenMutiara, Zakaria Ismail sudah menyerahkan surat bantahan projek tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam ketika menghadiri Rumah Terbuka Madani di Permatang Pauh semalam.

”Sebelum ini surat bantahan yang meminta bantuan Anwar untuk membatalkan projek PSI ini telah diserahkan kepada Setiausaha Politik beliau Jumaat lalu.

”Semalam, kami sekali lagi menyerahkan surat bantahan ini kerana projek ini sekiranya dikecilkan skop pun akan tetap memberikan impak negatif kepada alam sekitar dan menjejaskan kehidupan nelayan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Semalam, Anwar mengumumkan projek tambak laut PSI akan disemak semula dan dikecilkan skopnya.

Dengan tanah yang ditambak dalam projek itu akan dijual bagi pembiayaan pembinaan transit aliran ringan (LRT) di Pulau Pinang, Anwar berkata, Kerajaan Pusat akan menambah dana menerusi skim khas kepada negeri itu untuk melaksanakan projek LRT dengan segera.

Menurut Ibrahim, kerosakan terhadap alam sekitar dan ekosistem lautan di kawasan projek PSI tetap akan berlaku walaupun projek tambakan itu dikecilkan skop.

”Pengambilan tanah dan batu untuk menambak laut bagi dijadikan pulau buatan masih akan dijalankan, alam sekitar dan tempat pembiakan hidupan laut tetap musnah. Jadi, komuniti nelayan tetap dengan pendirian membantah projek tambakan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), R. Meenakshi berkata, tindakan mengecilkan skop penambakan laut untuk projek PSI itu tetap akan merosakkan kawasan sensitif alam sekitar di kawasan terlibat.

”Kami tetap mendesak supaya projek PSI ini dibatalkan, mengecilkan skop penambakan bukan satu pilihan terbaik.

”Dengan pembiayaan Kerajaan Pusat untuk pembinaan LRT dan tanah-tanah alternatif yang ada di Seberang Perai, lebih baik projek PSI ini dibatalkan untuk menyelamatkan laut kita.

”Sama ada satu pulau atau tiga pulau, ia tetap akan merosakkan kawasan sensitif alam sekitar dan tempat pembiakan ikan,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo