NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Boleh maki kita, tak baik tukar kerajaan - Mat Sabu



Sebarang usaha untuk menukar kerajaan di tengah jalan tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Presiden Parti Amanah itu berkata tidak menjadi masalah sekiranya mahu membidas kerajaan apabila tidak suka, bagaimanapun berharap tidak ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan campuran ketika ini.

”Kalau tidak suka boleh hentam kita, boleh maki kita, lepas empat tahun boleh tukar, jangan tukar kerajaan tengah jalan, tak baik,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Mat Sabu berucap dalam majlis Rumah Terbuka Rahmah Aidifitri anjuran Parti Amanah di Teluk Kumbar hari ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan sesetengah pihak kononnya wujudnya akaun bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Mengulas lanjut ketika sidang akhbar, beliau berkata pihak-pihak yang mendakwa mempunyai SD yang mencukupi itu sepatutnya membawa perkara tersebut ke Parlimen seperti dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Kita bersetuju dengan pendirian Anwar bahawa mana-mana pihak yang mahu mengubah kerajaan, sila bawa perkara ini ke Parlimen kerana inilah tempat yang terbaik.

”Kalau boleh jangan tukar tengah jalan tetapi kalau mereka ada cukup bilangan, kita nak buat macam mana,” katanya lagi.



Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo