NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muda bantah pengampunan Najib bukan sebab benci UMNO

Amira Aisya menjelaskan Muda menolak pengampunan Najib bukan sebab parti itu membenci UMNO, sebaliknya hanya mahu politik 'dibersihkan'.


SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menegaskan bahawa pendirian untuk menggesa pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditolak bukan bermaksud mereka membenci UMNO.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata, sebaliknya parti itu khuatir jika pengampunan boleh dilakukan sewenang-wenangnya kepada pihak lain yang melakukan kesalahan sama.

“Kami hormat keputusan mahkamah dan percaya bahawa proses pengampunan ini perlu dijalankan tanpa sebarang campur tangan.

“Namun, sekiranya Najib diampunkan selepas disabit bersalah di ketiga-tiga peringkat mahkamah, kita akan wujudkan precedent yang sangat merunsingkan untuk negara.

"Adakah selepas ini, sesiapa sahaja yang disabit bersalah dengan mencuri dan menyeleweng dana kerajaan akan terima pengampunan? Kami gesa untuk pengampunan ditolak, bukan sebab kami benci UMNO,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berkata, Muda ditubuhkan untuk memperjuangkan politik baharu dan atas dasar itu parti berkenaan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kleptokrasi.

"Walaupun masa saya sebagai ADUN di Johor masih sekejap, saya lihat banyak kerja-kerja baik untuk rakyat oleh pimpinan UMNO terutamanya di Johor.

"Sama-sama kita bersihkan gelanggang politik agar rakyat nilai kita terus melalui polisi dan kerja di lapangan," katanya.

Pada Isnin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada Muda benar-benar suci susulan kenyataanparti itu berhubung bantahan pengampunan Najib.

Ujar Mohd Puad, UMNO tidak akan terkesan dengan perkara itu memandangkan Muda bukan merupakan koalisi Kerajaan Persekutuan.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo