NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muat naik hantaran provokasi, hasutan, warga emas direman

Polis turut merampas dua telefon bimbit yang disyaki memuat naik tiga hantaran bersifat provokasi dan hasutan di Facebook, kata Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin.



KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki memuat naik tiga hantaran di Facebook bersifat provokasi dan berunsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin, berkata suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook ‘Nong Mazlan’ itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, semalam.

Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit yang disyaki memuat naik tiga hantaran berkenaan di Facebook.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

“Selain itu, ia turut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Noorsiah berkata, suspek direman tiga hari iaitu sehingga Rabu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurutnya, polis menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja, dan seumpamanya yang boleh membawa kepada ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo