NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

41% rakyat pandang positif ekonomi negara - Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata beliau sentiasa mengukur pandangan rakyat terhadap kedudukan ekonomi dan pentadbiran kerajaan.


KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menafikan dakwaan Azmin Ali kerajaan tidak mendengar keluhan rakyat termasuk mengenai isu kos sara hidup yang semakin meningkat selepas PRU15.

Rafizi sebaliknya berkata kerajaan sentiasa mengikuti dengan dekat segala isu melibatkan rakyat.

“Semasa beliau (Azmin) menjadi menteri dulu dengan kesusahan rakyat, PKP dan sebagainya dia bukan sahaja tak dengar keluhan rakyat malah komen dekat media sosial pun dia tutup, tak boleh komen.

“Azmin Ali nak timbulkan isu konon kerajaan tak dengar keluhan rakyat, (tetapi) saya rasa kita terus mengikuti dengan dekat (isu rakyat),” katanya kepada pemberita selepas sambutan rumah terbuka Parlimen Pandan.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang mendakwa kerajaan perpaduan tidak mendengar keluhan rakyat dan gagal menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup.

Semalam pengerusi Perikatan Nasional Selangor itu berkata pertukaran kerajaan dan pimpinan pusat boleh berlaku jika sesebuah kerajaan itu tidak lagi memenuhi aspirasi rakyat termasuk tidak mampu selesaikan isu kos sara hidup dan ekonomi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau mengikuti dengan rapat sentimen rakyat mengenai ekonomi sejak 2016 dan setiap bulan beliau mengukur pandangan mereka kepada kedudukan ekonomi akan datang.

Katanya, kerajaan membuat kaji selidik sama ada rakyat berpandangan positif atau tidak tentang kedudukan ekonomi negara pada tahun hadapan.

“Ketika ini pandangan rakyat dilihat bertambah positif terhadap kerajaan berbanding pentadbiran terdahulu. Sebelum PRU15, hanya 30% berpandangan positif terhadap ekonomi negara tetapi yang kini mencecah 41%. Ada peningkatan,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo