NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA tidak dipanggil ke mesyuarat rundingan kerusi PRN: Ka Siong



Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan beliau tidak dipanggil untuk menghadiri mana-mana mesyuarat berkaitan pembahagian kerusi BN-PH bagi menghadapai Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam memberitahu beliau juga tidak hadir pada mana-mana mesyuarat setakat ini.

“Saya tidak dipanggil dan saya tidak hadir ke mana-mana mesyuarat setakat ini,” katanya.

Sabtu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara BN dan PH bagi PRN di peringkat negeri telah hampir selesai.

Kata Zahid, keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke peringkat pusat untuk diperhalusi dan dimuktamadkan.

Namun menurut laporan Utusan hari ini pula, MACA memberita tiada senarai calon atau kerusi yang dimuktamadkan oleh MCA hingga kini untuk bertanding pada PRN itu.

Kata Ka Siong buat masa ini, tiada apa yang beliau boleh katakan kerana tiada keputusan muktamad berkaitan senarai calon dan juga kerusi yang boleh dikongsi.

Zahid sebelum ini dilaporkan mahu perbincangan mengenai agihan kerusi PRN diadakan sesama gabungan dan bukannya dilangsungkan secara bersendirian antara parti komponen.

Beliau berharap isu pembahagian kerusi antara BN dan PH dapat diselesaikan mengikut ketentuan beberapa formula bersesuaian.


Sumber I Agenda Daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo