NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 4,000 sertai Perhimpunan Bantah Projek Tiga Pulau

PERHIMPUNAN aman Bantah Projek Tiga Pulau yang dianjurkan di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang hari ini mendapat sokongan luar biasa daripada penduduk selepas dihadiri kira-kira 4,000 orang. - Pix: IQBAL HAMDAN


BAYAN LEPAS: Perhimpunan aman, Bantah Projek Tiga Pulau yang dianjurkan di Sungai Batu, di Teluk Kumbar, di sini hari ini mendapat sokongan luar biasa daripada penduduk selepas dihadiri kira-kira 4,000 orang.

Selain penduduk setempat, perhimpunan aman itu turut disertai ahli-ahli 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara); Penang Forum; Sahabat Alam Malaysia (SAM); Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (Lekas) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Turut kelihatan menyertai himpunan aman itu ialah pemimpin parti-parti politik daripada Perikatan Nasional (PN) seperti pemimpin Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan); Pas; Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan lain-lain parti.

Pengerusi PenMutiara, Ibrahim Che Ros berkata, pihaknya tidak akan menghentikan gerakan membantah projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) itu sehingga projek tersebut serta projek-projek tambak laut yang sedang dirancang di negeri itu dibatalkan.

”Kami juga merancang mengadakan perhimpunan membantah projek PSI di Parlimen dalam masa terdekat dan akan menyerahkan memorandum kedua bantahan projek ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selain itu, kami juga merancang menyerahkan memorandum bantahan projek ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon baginda melihat nasib nelayan di Pulau Pinang,” katanya selepas menyertai Perhimpunan Aman, Bantah Projek Tiga Pulau di Sungai Batu, di sini hari ini.

Perhimpunan aman itu bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Selain Ibrahim, antara yang berucap pada perhimpunan aman itu ialah Timbalan Pengerusi PenMutiara, Zakaria Ismail; Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan, Arshad Omar dan aktivis Penang Forum, Khoo Salma.

Menurut Ibrahim, pihaknya juga mencabar Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turun ke laut bersama para nelayan di kawasan selatan Pulau Pinang yang bakal ditambak bagi melihat sendiri kekayaan sumber laut kawasan itu yang dipenuhi pelbagai spesis ikan dan udang.

”Ketua Menteri dimaklumkan kawasan ini tidak banyak sumber laut dan hasil tangkapan berkurangan kerana apa sahaja maklumat yang beliau dapat adalah daripada kajian yang berbayar.

”Kami cabar Ketua Menteri supaya ikut nelayan ke laut untuk melihat sendiri hasil sumber laut yang banyak di sini memandangkan beliau juga tidak pernah bertemu dengan para nelayan untuk mendengar sendiri luahan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Arshad berkata, tidak timbul isu ahli-ahli PenMutiara dipaksa untuk menyertai himpunan aman itu kerana ahli-ahli perlu bergerak seiring dengan peraturan PenMutiara.

”Kami berpegang kepada Peraturan 27 (1) Persatuan Nelayan Akta Persatuan Nelayan 1972 di mana seseorang ahli tidak boleh membuat sebarang perlakuan yang memudaratkan persatuan dan seorang ahli itu perlu bergerak seiring dengan tujuan-tujuan persatuan.

”Jadi ahli-ahli tidak dipaksa untuk menyertai perhimpunan ini dan kehadiran mereka pada hari ini adalah sekitar 80 peratus,” katanya. – UTUSAN




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo