NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LCS: Anwar cakap tak serupa bikin



Tindak-tanduk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah berubah sejak ‘bersahabat’ dengan rakan baharu dalam kerajaan campuran.

Naib Presiden Gerakan, Koo Shiaw Lee berkata kini bekas ketua pembangkang itu dilihat ‘cakap tak serupa bikin’ berkait skandal projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia selepas menjadi kerajaan.

“…Anwar Ibrahim cakap tak serupa bikin dan tidak mempunyai pendirian yang teguh di mana semasa menjadi ketua pembangkang, beliau menggesa projek LCS tersebut dihentikan serta merta. Selepas menjadi kerajaan, Anwar menambah kos pula projek LCS sehingga RM11.2 billion.

“Dimanakah pendirian Anwar sebelum ini mengatakan projek LCS mempunyai skandal dan rasuah. Mungkin Anwar lupa sebab sekarang sudah bekerjasama dengan perasuah berbeza dengan sebelum ini, beliau seorang yang perangi rasuah” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Anwarpada Sabtu lalu yang mengatakanprojek LCS itu akan diteruskan kerana kerajaan sudah membelanjakan sejumlah dana.

Dalam pada itu Koo berkata Anwar tetap meneruskan projek itu ketika beliau menyedari hakikat projek yang penuh kontroversi pada zaman UMNO-BN itu membazir wang negara.

“Mengapa Anwar masih ingin teruskan lagi projek LCS tersebut, sedangkan kita tahu bahawa ini akan membazirkan duit Kerajaan sahaja.

“Ini terang lagi bersuluh ada agenda tersembunyi atau mungkin untuk menyelamatkan Datuk Seri Zahid Hamidi (Timbalan Presiden) yang terpalit dalam kes skandal LCS,” katanya.

Sebelum ini pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan walaupun kerajaan membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS.

Projek LCS bermula pada 2013 tetapi selepas RM6 bilion dibelanjakan, BNS telah terlepas tarikh akhir 2019 untuk menghantar kapal pertama.

Sehingga tahun lepas, pembinaan kapal keenam masih belum dimulakan dan tiada satu pun kapal telah mencapai kemajuan melebihi tahap 50 peratus.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo