NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KKM teliti beri vaksin batuk kokol kepada ibu hamil

Pemberian vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis bertujuan melindungi bayi dari kandungan sehingga mereka dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi enam serangkai. (Gambar AFP)



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keperluan pemberian vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil sebagai usaha mencegah pertussis atau batuk kokol.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata pemberian vaksin itu bertujuan melindungi bayi bermula dari kandungan sehingga bayi dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi enam serangkai seperti tertakluk dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.

“Kebanyakan kes pertussis dalam negara dalam kalangan bayi berumur kurang lima bulan yang belum mencapai tahap imuniti optimum kerana belum lengkap tiga dos primer vaksin pertussis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, 132 kes pertussis atau batuk kokol direkodkan setakat 28 April lalu dengan dua kematian, menurun 73.3% berbanding 495 kes jangkitan pada 28 April 2019.

Katanya, bayi berumur bawah 12 bulan mencatatkan bilangan kes tertinggi, iaitu 67 kes (50.8%), manakala 47 kes (35.6%) melibatkan kanak-kanak berumur setahun hingga 10 tahun dan selebihnya 11 tahun ke atas.

Dr Zaliha berkata, imunisasi merupakan langkah berkesan mencegah pertussis dan di Malaysia, vaksin pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan.

“Wabak pertussis dalam komuniti boleh dicegah dengan memastikan liputan imunisasi pertussis sentiasa melebihi 95% setiap masa.”

Daripada 132 kes tahun ini, katanya, 89 kes atau 67.4% melibatkan warganegara, manakala 43 kes atau 32.6% lagi bukan warganegara.

Beliau berkata, jumlah kes pertussis di Malaysia turun secara mendadak pada 2020 hingga 2021, iaitu semasa pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa.

Individu bergejala perlu sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin, iaitu menutup mulut, diikuti mencuci tangan bagi mencegah penularan kepada orang lain.

Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin disebabkan bakteria Bordetella pertussis yang menjangkiti mulut, hidung dan tekak, selain boleh tersebar melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk.

Gejala lazim pertussis adalah batuk berpanjangan dalam satu hingga dua minggu dan boleh berlarutan sehingga dua bulan.


Sumber I FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo