NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelab dari K2 League berminat untuk dapatkan khidmat Safawi Rasid



Pemain kebangsaan yang kini beraksi bersama Ratchaburi FC di Thai League 1 baru-baru ini dikhabarkan bakal pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) lebih awal dari tempoh pinjaman kerana dikatakan kurang selesa di sana.

Perkara itu didedahkan oleh pemilik JDT sendiri iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris dalam satu temubual membuat ramai peminat teruja dan timbul pelbagai spekulasi mengenai destinasi barunya selepas pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, Harimau Malaya difahamkan pemain berusia 26 tahun itu mungkin akan berhijrah ke Korea Selatan tidak lama lagi untuk beraksi dalam saingan K2 League.

Berita itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JMH Sports Agency, Myeongho Jeong yang telah bertemu dengan pemain itu baru-baru ini.

“Ada kelab dari K2 League yang berminat untuk mendapatkan Safawi tapi ia masih dalam proses perbincangan dan belum dapat disahkan lagi. Mungkin beliau akan pergi pada musim panas atau musim sejuk nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, ia bermakna negara akan mempunyai dua pemain yang beraksi di K2 League apabila bekas pemain PJ City FC, Kogileswaran Raj turut beraksi di liga yang sama bersama Chungbuk Cheongju FC.

Apa pun sama-sama kita tunggu perkembangan terbaru dan kenyataan daripada tuan badan sendiri samada beliau akan berhijrah ke Korea Selatan atau pun tidak.


Sumber I Harimau Malaya



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo