NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Celtic FC buktikan pemain Asia berkualiti setaraf permain Eropah



Celtic FC baru-baru ini berjaya menjadi juara kali ke-10 di Scottish Premiership walaupun saingan liga masih berbaki empat perlawanan lagi.

Kelab gergasi Scotland ini adalah pasukan yang cukup unik di Eropah kerana mereka adalah antara kelab dengan paling banyak pemain dari benua Asia, dengan tujuh pemain dalam skuad utamanya.

Terdapat lima pemain dari Jepun iaitu Kyogo Furuhashi, Reo Hatate, Yuki Kobayashi, Tomoki Iwata dan Daizen Maeda.

Seorang lagi pemain lagi dari Korea Selatan, Oh Hyeon-Gu dan seorang dari Australia, Aaron Mooy.

Kesemua pemain ini adalah tonggak utama Celtic dan menjadi nadi utama dalam kejayaan pasukan itu.

Tambahan lagi, pengurus kelab itu iaitu Ange Postecoglou turut berasal dari Asia iaitu Australia dan beliau pernah mengendalikan kelab gergasi J1 League, Yokohama F-Marinos selama tiga musim sebelum berhijrah ke Celtic.

Oleh kerana pengaruh dan pengalaman Ange ada dalam bolasepak Asia membuatkan beliau lebih selesa untuk mencari bakat-bakat dari Asia untuk menyarung jersi kelab The Bhoys.

Salah seorang pemain kelab itu iaitu Furuhashi kini adalah pendahulu dalam senarai penjaring terbanyak apabila sudah menjaringkan 24 gol dalam saingan liga sekaligus mencerahkan peluangnya untuk dinobat sebagai penjaring terbanyak liga musim ini.

Selain penjaring terbanyak, beliau juga berkemungkinan akan dicalon sebagai pemain terbaik liga apabila saingan liga tamat tidak lama lagi.

Kejayaan yang dikecapi oleh Celtic menjadi bukti bahawa pemain-pemain dari Asia sebenarnya mempunyai kualiti setaraf pemain dari Eropah dan jika mereka terus diberi peluang tidak mustahil satu hari nanti lebih ramai pemain Asia akan beraksi di lima liga terbaik di Eropah.


Sumber I Harimau Malaya




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo