NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalimah Allah : Bila PMX cuba kelirukan rakyat..

Kalau bab pusing fakta bagi orang keliru serah pada dia...

Weh hanat punya Perdana Menteri Malaysia ke-10, kes Jill Ireland tu walaupun menang Mahkamah Tinggi pada tahun 2021 ketika PN berkuasa...

KDN kalah atas hujah terdapat percanggahan arahan melarang penggunaan Kalimah Allah antara PM Mahathir dan TPM Ghafar Baba pada tahun 1986, dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan PN pada tahun 2021... 

Sejak keputusan pada tahun 2021, Kalimah Allah masih belum boleh di gunakan secara berleluasa oleh Kristian, kalau guna pun mungkin secara senyap...

Sebabnya, Kristian tahu kes sedang berjalan dan masih dalam peringkat rayuan, jadi peguam mereka pasti akan memastikan anak guam mereka "stay low" dengan kata lain jangan guna Kalimah Allah sehingga selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan...

Untuk lebih faham, dalam bidang perundangan terdapat istilah "precedent case" atau dalam Bahasa Melayu 'ibu kes'...

Jadi penarikan rayuan kes Jill Ireland di peringkat Mahkamah Rayuan akan menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2021 yang memihak kepada Jill Ireland, sebagai "precedent case" atau ibu kes yang lain...

Kerajaan Madani Anwar Ibrahim mendakwa penarikan rayuan kes Jill Ireland tidak akan mengubah dasar sedia ada selepas keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan kes The Herald pada tahun 2014...

Walhal kes The Herald melawan KDN pada 2014 adalah berbeza dari segi penggunaan Kalimah Allah secara penerbitan awam, manakala kes Jill Ireland adalah untuk kegunaan peribadi...

Perlu juga di teliti, bahawa dengan wujudnya ibu kes Kalimah Allah untuk di gunakan oleh individu bukan Islam, maka akan memudahkan pergerakan para mubaligh Kristian untuk berdakwah kepada bukan Islam secara individu di seluruh negara...

Perlu juga di perhalusi bahawa titah Sultan melarang penggunaan Kalimah Allah di peringkat negeri tidak mempunyai kesan kepada perundangan Sivil, melainkan kes di bawa ke mahkamah Syariah...

Titah Sultan atau "judgement" yang boleh di gunakan sebagai undang-undang hanyalah Almarhum Sultan Perak Azlan Shah ketika beliau menjadi hakim... 

Contohnya amaran Sultan Selangor untuk menangkap individu bukan Islam yang menggunakan Kalimah Allah di negeri Selangor, namun apabila kes di hadapkan ke mahkamah Sivil, individu tersebut akan terlepas... 

Tindakan Anwar Ibrahim kononnya mahu membawa isu Kalimah Allah ke Majlis Raja-Raja untuk di muktamadkan sebenarnya hanyalah helah untuk menyembunyikan niat sebenar beliau... 

Ini adalah kerana walaupun setelah Majlis Raja-Raja membuat keputusan yang memihak kepada umat Islam, ianya tetap tidak boleh di guna pakai sebagai hujah di mahkamah Sivil...

Dengan ini juga bermakna arahan larangan penggunaan Kalimah Allah 1986 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1988 juga tidak lagi terpakai...

Keputusan Mahkamah Tinggi kes Jill Ireland pada tahun 2021 adalah berdasarkan kekeliruan arahan larangan Kalimah Allah antara PM Mahathir dan TPM Ghafar Baba pada tahun 1986...

Ahli Parlimen Sarawak Baru Bian sendiri menafikan kenyataan Anwar Ibrahim kononnya keputusan Mahkamah Tinggi kes Jill Ireland pada tahun 2021 hanya terpakai untuk negeri Sarawak sahaja...

Sedangkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi adalah terpakai ke seluruh negara...

Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.

Sumber | Telegram

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo