NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dasar agih subsidi kerajaan dahulu silap, kata Mat Maslan



Dasar pentadbiran sebelum ini dilihat tersilap langkah dalam pengagihan subsidi kepada semua rakyat tanpa mengira pendapatan isi rumah.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata subsidi turut dinikmati golongan kaya yang berlanjutan bertahun lamanya.

Katanya kesilapan itu kini sedang cuba diperbetulkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan golongan kurang mampu lebih menikmati subsidi berbanding golongan kaya.

“Kita ingin melakukan perkara yang adil. Orang miskin perlu diberi lebih subsidi berbanding orang kaya tetapi Malaysia ini sebuah negara yang tersilap memberikan subsidi…orang kaya dapat lebih banyak daripada orang miskin.

“Saya boleh sebut dasar itu silap, dasar pemberian subsidi itu tersasar. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan kerajaan yang ingin popular maka kesilapan tersebut perlu diperbetul.

“Jadi kita ingin membetulkan kesilapan itu, selama ini mereka yang memiliki lebih banyak pendingin hawa dan kereta di rumah dapat lebih banyak subsidi sedangkan mereka yang tiada pendingin hawa dan memiliki motosikal kecil hanya terima sedikit,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Putrajaya, hari ini.

Isnin lalu Anwar mengumumkan penarikan subsidi terhadap golongan berpendapatan tinggi atau T20 dalam penggunaan elektrik dan ibadah haji.

Mengulas lanjut Ahmad Maslan berkata penjimatan subsidi elektrik bagi enam bulan pertama tahun depan mencecah RM5.6 bilion belum mengambil kira penjimatan dalam subsidi lain seperti petrol.

Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata subsidi bersasar penggunaan elektrik bagi golongan T20 berasaskan pendapatan akan diumumkan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka siap hujung tahun ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo