NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP abang besar, BN-PH makin celaru, kata Sanusi

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor


Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan perpaduan ketika ini kelihatan semakin bercelaru.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkembangan terkini melibatkan isu pengampunan diraja bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas menunjukkan kecelaruan hubungan tersebut.

“Mereka nampak celaru…UMNO minta ampun bagi pihak Datuk Seri Najib Razak, (tetapi) Amanah tak setuju. UMNO marah Amanah, kemudian Amanah minta maaf pada UMNO.

“DAP pula kata mereka tak setuju (dengan pengampunan Najib), tetapi UMNO tak kata apa pada DAP. Bukankah celaru itu?

“AMANAH kena buli sampai begitu, saya kasihan pada Amanah (sebab) mereka hilang identiti,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata sikap UMNO terhadap DAP dalam isu pengampunan Najib ini menunjukkan DAP sebagai ‘abang besar’ dalam pakatan kerajaan perpaduan itu.

“Apabila DAP, Ong Kian Ming (Bendahari DAP Selangor) cakap (mengenai tak setuju dalam pengampunan Najib), mereka (UMNO) tak kata apa pula. Tengok siapa ‘abang besar’ dalam PH dan BN?,” katanya.

Semalam, Kian Ming yang juga bekas Ahli Parlimen Bangi memberi peringatan agar batasan yang ada dalam jalinan kerjasama antara PH dan BN tidak dilanggar kerajaan termasuk melibatkan pembebasan Najib sebelum hukumannya tamat.

Ahad lalu Amanah melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan permohonan maaf langsung kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan kenyataan Khalid yang disifatkan tidak mewakili parti sebaliknya hanya pandangan peribadi.

Jumaat lalu, Khalid dalam satu kenyataan berkata Amanah berpendirian pengampunan ke atas Najib akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan institusi Raja-Raja Melayu yang mahu membersihkan negara daripada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Beliau yang memberitahu mengeluarkan kenyataan itu bagi pihak Amanah merayu agar Najib terus dipenjara dan ditolak permohonannya untuk pengampunan diraja.

UMNO yang kini menjadi parti penting dalam pentadbiran kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen untuk memohon pengampunan terhadap Najib.

Susulan itu, UMNO Kelantan memberi amaran untuk memutuskan hubungan dengan Amanah jika Khalid tidak meminta maaf.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo