NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAH lama saya tak mencuit..

Semalam saya mendapat berita sahabat lama saya, rakan wartawan, Datuk Norzila Rahman atau lebih dikenali sebagai Wan N meletak jawatan sebagai ketua media pejabat Perdana Menteri.

Kononnya beliau memberi notis 24 jam. Kononnya Wan N tak tahan dengan fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.

Saya hantar nota ringkas kepada beliau “Baguslah. Takyah pening kepala.” Beliau menjawab, alhamdulillah.

“Banyak sangat fitnah. Saya tak biasalah kerja gitu…”

Saya faham. Banyak sangat kecelaruan dalam team PMX. Team media yang turut dicelarukan dengan team komunikasi yang diketuai oleh seorang mantan profesor UKM.

Saya mendapat tahu, betul atau tidak, Wan juga menghadapi tekanan daripada team soldadu cyber PMX, yang melihat Wan seperti “tidak begitu setia” dengan team PH.

Itu saya tak taulah. Tapi tekanan yang dihadapi oleh Wan cukup kuat. Beliau terpaksa menangani semua sekali, seolah-olah semuanya di bawah tengkuk beliau.

Takpalah Wan. Berehatlah. Umur kita pun bukan panjang.

Sepanjang seminggu ini saya sempat bertemu dengan beberapa pihak. Antaranya yang berada di tempat yang “tertinggi” negara dan sebagainya.

Nada mereka sama. PMX tidak boleh buat kerja. Cakap sahaja pandai. Retorik beliau nombor satu.

“Saya kenal beliau sangat. Dia pandai cakap sahaja, kerja tak boleh.” Kata tokoh itu, yang tak perlu saya sebut siapa di sini.

Dengar kata akhbar Singapura pun sudah mula kritik PMX. Hairan ya? Juga dikatakan Indonesia pun (sudah) tak berapa selesa dengan beliau. Entahlah?

Namun itulah juga kata-kata secara umum. PMX banyak cakap. Banyak juga beliau buat salah. Menyebabkan team media dan komunikasinya pun pening kepala. Dalam satu segi team medianya nak perkasakan slogan Madani, yang entah ke mana; dan satu segi lagi nak mematahkan janji-janji yang diperkatakan oleh PMX sebelum pilihan raya dulu.

Dalam ucapan-ucapan PMX yang dimuat-naik semula, PMX berjanji segala-galanya; selagi ada bulan dan bintang.

Antara janji yang saya difahamkan dia sendiri berang apabila ada pihak yang menaikkan semula video itu adalah “jika esok saya jadi Perdana Menteri, maka harga minyak akan turun…”

Kata-kata itu menjadi gelak-ketawa lawak umum, sehinggakan direka emoji mukanya dengan kata-kata “esok minyak turun.”

Itulah retorik Anwar. Orator terhebat sejak zaman ubi kayu Baling 1974.

Kelmarin juga beberapa jam sebelum Wan meletakkan jawatan tersebar desas-desus, khabar angin, spekulasi mengatakan PMX mungkin akan hilang majoriti.

Sesungguhnya arus politiking bawah laut cukup kuat. Lebih kuat berbanding badai di atas permukaan.

Tokoh yang saya temui itu berkata lagi “riwayat beliau sebagai PMX tak lama.” Kita tunggu, katanya.

Ramai yang rimas perut dengan pak syeikh itu. Benarkah pihak keselamatan pun “pening” dengan beliau?

Team komunikasi PMX jangan bimbang. Sejak mutakhir ini PM Malaysia asyik bersilih-ganti. Ia bukan sesuatu yang pelik. PMX bakal hilang jawatan, juga bukan pelik. Itulah akibatnya jika parti-parti politik kita mendapat undi “cukup-cukup makan saja”.

Macam-macam saya dengar. Biarlah saya stop sini dulu. Saya tengah sakit kepala sekarang. Mungkin cuaca panas di luar, sepanas politik negara kita. Tapi ada masakah saya untuk pening kepala?

— BebasNews

Zaini Hassan
PEMEGANG anugerah prestij Kewartawanan Kajai 2005 Institut Akhbar Malaysia (MPI); Wartawan Terbaik Negara 2008 Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM); Best Journalist of the Year 2009 National Press Club (NPC); Tokoh Wartawan Politik 2011.

Bekas Penolong Ketua Pengarang Utusan; bekas kolumnis Cuit Utusan Malaysia (2008-2017) yang kontroversial.

Kini Penasihat Editorial BebasNews.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo