NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bisnes kecil lingkup jika laksana caruman 20% KWSP yang disaran Anwar

PMX mencadangkan majikan membayar 20 peratus caruman KWSP kepada pekerja.




Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berisiko gulung tikar jika kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus kini.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman menyifatkan cadangan itu tidak adil memandangkan sebarang kenaikan caruman KWSP perlu daripada majikan dan pekerja kerana ia adalah tanggungjawab kolektif.

“Kami tiada bantahan jika kerajaan mahu menambah nilai untuk mana-mana kumpulan tetapi perniagaan ketika ini tidak mampu menampung kos tambahan.

“Namun caruman KWSP adalah tanggungjawab kolektif pekerja, majikan dan kerajaan, bukan semata-mata (mengharapkan) majikan sahaja.

“Justeru, MEF berharap kerajaan dapat melihat cadangan berkenaan secara menyeluruh terutama kesan kepada majikan membabitkan PMKS,” katanya lapor Sinar Harian.

Malah katanya pelaksanaan tambahan caruman kepada majikan itu mungkin tidak memberi kesan kepada syarikat-syarikat besar namun tidak kepada PKMS.

“Lebih banyak PMKS akan ditutup kerana kos operasi terlalu tinggi dan margin dalam menjalankan perniagaan semakin kecil.

“Syarikat besar, syarikat multinasional (MNC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mungkin tidak mempunyai isu yang begitu besar tetapi PMKS menghadapi isu itu setiap hari.

“Walaupun terdapat hasrat untuk menaikkan kadar caruman KWSP, ia perlu dilakukan secara beransur-ansur supaya semua pihak dapat menyesuaikan diri,” katanya.

Semalam media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan berkenaan telah dikemukakan namun belum dibawa ke mesyuarat jemaah menteri.


Sumber I Agenda Daily



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo