NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wee Ka Siong tepis dakwaan tumbangkan pentadbiran Anwar Ibrahim

MCA tidak akan mengambil bahagian dalam rancangan yang memerlukan Ahli Parlimen parti itu mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada PRK.


PETALING JAYA: Presiden MCA, Wee Ka Siong, menepis dakwaan beliau sebahagian Ahli Parlimen yang didakwa ingin menumbangkan pentadbiran Anwar Ibrahim.

Terdahulu, laman The Vibes menamakan Wee sebagai salah seorang daripada 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mungkin terlibat dengan Perikatan Nasional dalam suatu rancangan yang didakwa untuk menyingkir Anwar.

“Sebuah portal berita yang bersandarkan kepada ‘sumber maklumat tanpa nama’ dilihat cuba mengarang berita kononnya ada gerakan untuk menggugat kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar.

“Sesiapa sahaja boleh menulis mengikut cita rasa masing-masing berpandukan khabar angin. Namun bagi saya sendiri sebagai presiden MCA dan parti saya, kami tidak tahu tentang percubaan menggulingkan kerajaan seperti mana yang dilaporkan,” katanya di Facebook.

Wee menegaskan MCA tidak akan mengambil bahagian dalam rancangan yang memerlukan Ahli Parlimen parti itu mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata dakwaan PN merancang untuk menggulingkan pentadbiran Anwar tidak berasas.

“Sejujurnya, saya tidak mendengar rancangan sedemikian. (Dakwaan itu) tidak berasas.

“Saya tidak mendengar sebarang rundingan (mengenai perkara ini) dan tidak ada perbincangan dengan mana-mana Ahli Parlimen dari blok kerajaan, tiada perbincangan dengan Ahli Parlimen BN juga,” katanya lapor Malaysiakini.

Tambahnya, beliau berhubung dengan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, setiap hari.

“Beliau memberitahu kami untuk bekerja di kawasan dan menggerakkan jentera kami (untuk menghadapi pilihan raya negeri), tidak pernah menyebut sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, The Vibes melaporkan terdapat komplot baharu untuk menggulingkan Anwar, melibatkan pilihan raya kecil

Laporan itu mendakwa rancangan itu digerakkan dan disokong oleh Muhyiddin, dan pemimpin PN lain.

Laporan itu juga mendakwa Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin akan membiayai komplot itu kerana akaun bank Bersatu dibekukan.


Sumber I FMT Malaysia





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo