NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahfiz hanya dapat RM117,500 Sekolah Cina RM250,000 adilkah?



BANGI, Sabtu – Bantuan kepada sekolah yang disalurkan menerusi peruntukan kerajaan perlu diberikan secara seragam.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menggesa kerajaan menyemak semula purata kadar peruntukan bantuan yang diberikan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan sekolah agama.

Ini kerana katanya, peruntukan yang diluluskan kerajaan iaitu RM15.75 juta kepada SMPC dan RM150 juta kepada sekolah tahfiz serta institusi pondok baru-baru ini tidak seragam.

Jelasnya, jika dilihat secara terperinci, RM150 juta diperuntukkan bagi 1,276 sekolah berdasarkan institusi sekolah agama berdaftar, bermakna setiap sebuah sekolah hanya mendapat RM117,500.

Manakala peruntukan RM15.75 juta bagi SMPC itu diagihkan kepada 63 sekolah dengan setiap sekolah mendapat bantuan RM250,000.

“Ia menunjukkan punca kuasa kewujudan institusi itu mengikut peruntukan Perlembagaan, apakah kriteria penentuan jumlah peruntukan kepada institusi pendidikan agama dan SMPC? Berdasarkan kriteria apakah jumlahnya ditentukan?”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut mempersoalkan peruntukan yang diberikan kerajaan itu kerana dari segi Perlembagaan, kedudukan institusi Sekolah Agama dan SMPC adalah tidak sama.

Jelasnya, peruntukan Pendidikan Agama diberikan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bukannya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tambah Muhammad Akmal, sekiranya alasan peruntukan diberi kepada SMPC atas faktor kekurangan dana, beliau mencadangkan supaya SMPC yang tidak mampu menjalankan operasi, diserapkan dalam sekolah aliran kebangsaan.

Pada 20 April lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM15.75 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Anthony Loke dalam satu kenyataan berkata, permohonan peruntukan itu dibuat Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim dan ia diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.



Sumber I Tv Pertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo