NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO tiada peluang menang PRN, kuasai 6 negeri

Pemerhati politik, Datuk Zaharin Mohd Yasin 


BANGI, Sabtu – UMNO dilihat tidak mempunyai peluang untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri setelah Perdana Menteri yang dilantik bukan daripada parti itu.

Pemerhati politik, Datuk Zaharin Mohd Yasin berkata, ini kerana kebencian rakyat terhadap UMNO termasuk ahli daripada parti itu sendiri yang sudah meluat dengan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Zahid Hamidi mahupun Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jadi sekarang ni tak ada Perdana Menteri kalau ada pilihan raya negeri belum tentu UMNO boleh menang khasnya PRN 6 kerusi ni. Saya nampak tak ada petanda yang UMNO boleh menguasai negeri atau menambah kerusi dari satu kedua pun tak boleh seperti di Selangor ni kerana kebencian rakyat terhadap UMNO menebal termasuk ahli UMNO.”

“Saya pernah jadi ketua UMNO cawangan hampir 10 tahun, setiap kali saya mesyuarat ada 130 ahli datang, tapi kali ini mesyuarat 30 orang sahaja datang. Saya bertanya dengan orang UMNO kenapa tak hadir mesyuarat, mereka kata sudah malas melibatkan diri selagi Datuk Seri Ahmad Zahid ada dan Datuk Seri Najib Razak nak diampunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam bual bicara di TV Pertiwi semalam.

Tambah Zaharin, mereka yang diberi amanah oleh rakyat untuk memimpin perlu rasa bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira parti.

Beliau turut mengingatkan pemimpin yang dilantik supaya menjaga kredibiliti dan integriti dalam mentadbir negara.

“Kalau ada kelompok politik yang penting adalah berkhidmat kepada rakyat itu sendiri. Kita tidak boleh sebagai orang politik berjawatan membiarkan rakyat ini menjadi mangsa keadaan, saya tonton video banyak kawasan air tiada tetapi tiada kenyataan rasmi masalaah air samada di Kelantan mahupun di Kedah dan itu masalah rakyat.”

“Jadi pejuang politik kena perjuangkan yang ini apabila kita kata nak berjuang untuk rakyat. Kemudian pemimpin politik jagalah tingkah laku jagalah integriti masing-masing,” tambahnya.

Sebelum ini, enam negeri sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Sumber I Tv Pertiwi 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo