Menurut kenyataan itu, Angkatan Tentera Sudan sedang berusaha untuk mewujudkan keadaan yang sesuai supaya agensi negeri dapat meneruskan kerja dan kehidupan dapat kembali normal secepat mungkin.
Setakat ini, RSF belum memberi sebarang komen berhubung kenyataan itu.
Baru-baru ini, pertempuran meletus antara angkatan tentera dan RSF di Khartoum dan beberapa bandar berhampiran walaupun gencatan senjata selama tiga hari.
Sekurang-kurangnya 512 orang terbunuh dan lebih 4,000 cedera sejak konflik bermula pada 15 April, menurut Kementerian Kesihatan Sudan.
Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021 selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.
Tempoh peralihan Sudan yang bermula pada Ogos 2019, dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment