NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sinar Aidilfitri asnaf: MAIWP salurkan RM150,000

Mohd Daud (dua dari kanan) dalam program Rahmah Ramadan MAIWP Sinar Aidilfitri di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 8 April 2023. (FOTO: MAIWP)




KUALA LUMPUR
: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan dana sebanyak RM150,000 bagi menyantuni golongan asnaf yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melalui program Rahmah Ramadan MAIWP Sinar Aidilfitri.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, daripada keseluruhan RM150,000  dana bantuan untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama  itu, setiap seorang asnaf masing-masing akan menerima RM300 bagi membeli kelengkapan pakaian raya.

Menurutnya, bantuan yang disampaikan ini adalah untuk meringankan beban golongan asnaf dan mereka dapat merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna.

Sehubungan itu, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan ini yang menunaikan zakat kepada MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

“Dengan pungutan zakat yang diperolehi ini, pihak MAIWP mampu melaksanakan program dan inisiatif seperti ini untuk menyantuni golongan asnaf. 

“Bantuan yang diterima oleh asnaf-asnaf ini juga dapat menyemarakkan lagi keindahan dan keceriaan mereka untuk  menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan program Rahmah Ramadan MAIWP Sinar Aidilfitri yang diadakan di pasaraya AEON BiG Wangsa Maju di sini, hari ini.

Beliau turut memberitahu bahawa jumlah bantuan yang dikeluarkan oleh MAIWP pada tahun ini untuk perbelanjaan kelengkapan baju raya lebih tinggi berbanding tahun lalu dengan mengambil kira peningkatan harga barang-barang dan kos hidup pada masa kini. 

Sejajar dengan itu, pihak MAIWP telah membahagikan dana tersebut kepada tiga negeri yang berada di bawah Wilayah Persekutuan. 

 “Antaranya, sebanyak RM105,000 akan disalurkan kepada 350 orang asnaf yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

“RM15,000 akan disalurkan kepada 50 orang asnaf yang tinggal di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan RM30,000 lagi akan diberikan kepada 100 orang asnaf yang tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan,” jelasnya. 

Tambah beliau, MAIWP juga mempunyai program lain yang disalurkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) lain bagi membeli kelengkapan hari raya kepada golongan asnaf yang terpilih ini. 

“Program Sinar Aidilfitri yang dilaksanakan pada hari ini, adalah inisiatif di bawah MAIWP sendiri dengan RM150,000 sudah dibelanjakan. 

“Jika digabungkan dengan NGO lain, bantuan yang disalurkan khas kepada golongan asnaf yang tinggal di Wilayah Persekutuan untuk sambutan Hari Raya  telah pun berjumlah RM500,000.

“Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan beban dan merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna kepada asnaf yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/4/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo