NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya dah kaji syarikat penerbangan butik, kata Abang Jo

Abang Johari Openg menyangkal kebimbangan Dr Kelvin Yii bahawa penubuhan syarikat penerbangan butik di rantau ini boleh membawa kesan negatif bagi ekonomi Sarawak.



PETALING JAYA: Perdana Menteri Sarawak Abang Johari Openg mempertahankan rancangan negeri itu untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik dengan berkata, beliau telah mengkaji perkara itu.

Tambahnya, kerajaan negeri mesti campur tangan dalam pasaran untuk menstabilkan tambang bagi penerbangan pergi dan balik bagi Sarawak memandangkan kadarnya tinggi sekarang.


Abang Johari berkata beliau tidak akan cuba mendapatkan kelulusan daripada kerajaan persekutuan jika tidak membuat kajian dan mempertimbangkan risikonya, lapor Borneo Post.

Model perniagaan untuk syarikat penerbangan butik itu juga akan berbeza, kata Abang Johari.

“Kami harap model perniagaan ini akan membolehkan kami mengoperasikan syarikat penerbangan ini, kemudian kami menanggung (kos) overhed kerana (syarikat ini) bukan berasaskan keuntungan,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak sudah mempunyai pengalaman mengendalikan syarikat penerbangan melalui Hornbill Skyways, syarikat domestik milik kerajaan.

Abang Johari menjangkakan syarikat penerbangan itu akan beroperasi dalam tempoh tiga tahun.

Premier Sarawak itu turut menyangkal kebimbangan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii bahawa penubuhan syarikat penerbangan butik di rantau ini boleh membawa kesan negatif bagi ekonomi Sarawak.

“(Ini sama seperti) Autonomous Rapid Transit (ART). Mereka (DAP) ragu-ragu. Mereka juga ragu-ragu tentang ekonomi digital (dimulakan oleh saya) dan mengenai Sarawak Pay.

“Tetapi sekarang anda lihat (pendirian mereka berubah). Biar masa yang menentukan,” katanya.

Pada Selasa, Yii mempersoalkan kebolehlaksanaan dari segi ekonomi rancangan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik sendiri, sambil meminta maklumat lanjut mengenai kos projek itu, analisis kos-faedahnya dan pihak yang terlibat.

Ketua Pemuda DAP itu berkata, lebih baik Sarawak bekerjasama dengan syarikat penerbangan nasional dan swasta sedia ada bagi meningkatkan kesalinghubungan, terutamanya di laluan domestik Sarawak, dengan menawarkan insentif dan subsidi.

Yii berkata demikian selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau bersetuju dengan rancangan Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik milik kerajaan.

Anwar berkata syarikat penerbangan baharu itu boleh menjadikan tambang penerbangan antara Semenanjung dan Malaysia Timur lebih murah.

Cadangan syarikat penerbangan itu dibuat dua tahun lepas apabila Abang Johari berkata negeri itu merancang untuk menubuhkan syarikat penerbangan yang akan dikendalikan oleh Hornbill Skyways.



Sumber I FMT Malaysia





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo