NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sama ada berakhir dengan baik atau tidak, doakan saya dan Sarah – Syamsul Yusof

SYAMSUL YUSOF tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi kes tuntutan pembelaan kes nusyuz yang difailkan isterinya Sarah Liyana


KUALA LUMPUR: “Sama ada berakhir dengan baik atau tidak, doakan yang terbaik untuk saya dan Puteri Sarah.” 

Itu luahan penerbit dan pengarah, Syamsul Yusof apabila ditanya perkembangan sebutan kes nusyuz yang berlangsung hari ini.

Syamsul berkata, dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut terutama melibatkan kehidupan peribadinya dan keluarga kerana takut melukakan hati mana-mana pihak.

“Saya tak mahu cakap banyak, takut tersalah cakap. Apa pun doakan kami. Kadang kita rasa itu yang terbaik untuk kita tetapi Allah lebih mengetahui.

“Apa yang mampu saya lakukan adalah bersangka baik dengan takdir Tuhan. Doakan bukan sahaja saya tetapi rakan-rakan artis lain yang terlibat dengan kemelut rumah tangga.

“Sekarang sudah nampak macam trend pula. Tetapi ini bukan perkara yang main-main. Ini pasal kehidupan peribadi yang tidak semudah dan seindah yang anda sangkakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syamsul sekali lagi mengulangi pendirian dan haknya untuk tidak berkongsi apa-apa gambar atau video yang dirasakan terlalu peribadi untuk dimuat naik.

“Saya rasa begini, berkaitan keluarga tak perlu rasanya untuk saya kongsi. Tak perlu kongsi semua kepada media dan umum.

“Kalau saya jumpa anak, tak semestinya saya perlu muat naik gambar atau video di media sosial. Biarlah saya dan keluarga sahaja yang tahu,” katanya. - UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo