NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melayu angkuh...?

MELAYU ANGKUH...?

SEJARAHNYA

1. Islam Agama persekutuan. Agama lain boleh di amalkan.

2. Bahasa Melayu bahasa rasmi. Bahasa lain boleh diamalkan.

3. Budaya Melayu jadi teras. Budaya lain boleh diamalkan.

4. Melayu sanggup berkongsi kuasa di Tanah Melayu.

5. Sejuta ekar tanah dijadikan kampung- kampung baru. Dengarnya dapat RM80 juta lagi nak majukan kampung-kampung baru.

6. Sejuta kerakyatan diberikan melalui jus-soli.

POLITIKNYA

1. Kawasan majoriti Melayu diberikan begitu saja.

2. Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri diberikan begitu saja. Ada Menteri yang tak tau cakap melayu pun.

3. Jawatan senator diberi begitu saja.

EKONOMINYA

1. Dari Perlis sampai ke Johor siapa yang hidupkan kedai kecik dan besar?.

2. Ada seruan supaya boikot kedai-kedai ni. Melayu buat tak tahu jer.

3. Buai laju laju sampai pucuk sena. Beli baju baru pergi kedai cina.

SOSIALNYA

1. Selain negeri China dalam dunia mana ada sekolah cina. Kecuali di tanah Melayu je.

2. Di Singapura sekolah cina habis ditutup. Kampung Melayu habis hilang.

3. Kampung-kampung Melayu dibandar seperti di Kuala Lumpur sudah hampir tiada.

4. Kg. Pandan, Kg. Kerinchi, Kg. Abdullah Hukum, Kampung-kampung di Hulu Klang tinggal nama je. Sebagai contoh. Melayu tak bising pun.

5. Bila Tun Razak buat dasar ekonomi baru di peruntukan 30% untuk Melayu, 40% untuk bukan Melayu, 30% untuk pelabur asing. Melayu tak capai matlamat. Yang lain berjaya. Sekarang DEB dah dilupakan. Melayu pun diam je.

KESIMPULANNYA

1001 perkara boleh disenaraikan nak tunjuk melayu angkuh, rasis, ekstrim ataupun tidak. Pesan orang tua-tua. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar- dengarkan.

Tan Sri Dato' Haji khalid yunus
Timbalan Presiden PUTRA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo