PERUBAHAN YANG MENAKUTKAN ZIONIS ISRAEL
Kini, sedang berlaku perubahan suhu politik serantau di Timur Tengah dalam kalangan negara yang berjiran, setelah begitu lama mereka berada dalam keadaan kepanasan krisis yang sengaja diadakan dan dirancang semata-mata bagi memastikan keselesaan, keamanan dan keselamatan negara haram Zionis Israel. Mereka melaksanakan perangkaan peta jalan (road map) bersama dengan negara-negara sekutunya yang berkepentingan.
Setelah berjaya melaksanakan agenda mengadu domba dalam kalangan negara serantau melalui faktor kaum, mazhab dalam satu agama, ideologi, krisis sempadan dan lain-lain, mereka juga berjaya mencetuskan perang saudara yang memberi peluang kepada negara di bawah pengaruh Zionis untuk menjual senjata. Tujuannya supaya negara jiran yang menjadi ancaman kepada mereka, tiba-tiba membunuh rakyat sendiri dengan hasil negara sendiri, dan memusnahkan sumber kekuatan sendiri. Secara langsung, memberi keamanan percuma kepada Israel dan sekutu-sekutunya.
Tiba-tiba, berlakunya pemulihan hubungan antara Arab Saudi, Iran dan negara-negara Teluk, diikuti pula tanda-tanda perdamaian di Yaman, Libya dan berita pemulihan hubungan antara Turki, Syria dan Mesir.
Sehubungan dengan itu, pihak Amerika Syarikat tidak dapat menahan perasaan yang disembunyikan, iaitu rasa tidak senang dengan perubahan yang berlaku. Alasan mereka kerana perubahan itu berpihak kepada diktator dan menjadi ancaman kepada demokrasi.
Padahal mereka juga yang merancang wujudnya diktator dan mencatur demokrasi bagi kepentingan mereka, serta membunuh demokrasi bila-bila masa sekiranya rakyat memilih kerajaan yang menjadi ancaman kepada Israel dan kepentingannya di rantau itu. Demikian juga, mereka berusaha menjatuhkan mana-mana pemimpin yang tidak disenangi oleh mereka.
Bahkan, mereka juga melakukan serangan secara langsung seperti yang dilakukan terhadap Iraq dan Afghanistan, mempersenjatai kumpulan pembunuh yang boleh mencetuskan peperangan tanpa mengira nasib rakyat yang menjadi mangsa keganasan dengan bertopengkan alasan menentang keganasan untuk melakukan provokasi yang kejam. Dalam kalangan orang Islam pula, ada sebahagiannya yang menjadi tentera upahan mereka.
Pada masa yang sama, Israel tersilap langkah kerana kerakusan golongan Yahudi Zionis untuk membuat perubahan telah mencetuskan bantahan rakyatnya sendiri sehingga hampir mencetuskan perang saudara. Lalu mereka mengalih perhatian kepada strategi mendukung golongan pelampau Zionis untuk menyerang rakyat Palestin dan para jemaah di Masjid al-Aqsa yang menjadikannya laksana menjolok sarang tebuan. Maka, meletuplah intifadah rakyat Palestin secara langsung dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Keadaan ini menjadikan tembok yang dibina sebagai benteng pertahanan kepada Israel dan penjara kepada rakyat Palestin tidak memberikan apa-apa faedah untuk mempertahankan Israel, Malah, sebaliknya melambatkan pergerakan tenteranya yang beroperasi sebagai pelindung kepada pendatang pelampau Yahudi bagi menghalau rakyat Palestin yang gagah berani.
Sebaliknya pula bagi rakyat Palestin, mereka hanya bersenjatakan iman, dengan menggunakan batu dan kayu tanpa senjata sehinggalah menggunakan kenderaan yang dipandu dan pisau kecil, bagi menyerang pelampau Yahudi, bala tentera dan polis Zionis. Kini, berlakunya kebenaran firman Allah SWT:
﴿ŁُŁَ Ł±ŁَّŲ°ِŁٓ Ų£َŲ®ۡŲ±َŲ¬َ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁَŲ±ُŁŲ§ْ Ł
ِŁۡ Ų£َŁۡŁِ Ł±ŁۡŁِŲŖَٰŲØِ Ł
ِŁ ŲÆِŁَٰŲ±ِŁِŁ
ۡ ŁِŲ£َŁَّŁِ Ł±ŁۡŲَŲ“ۡŲ±ِۚ Ł
َŲ§ ŲøَŁَŁŲŖُŁ
ۡ Ų£َŁ ŁَŲ®ۡŲ±ُŲ¬ُŁŲ§ْۖ ŁَŲøَŁُّŁٓŲ§ْ Ų£َŁَّŁُŁ
Ł
َّŲ§ŁِŲ¹َŲŖُŁُŁ
ۡ ŲُŲµُŁŁُŁُŁ
Ł
ِّŁَ Ł±ŁŁَّŁِ ŁَŲ£َŲŖَŁٰŁُŁ
ُ Ł±ŁŁَّŁُ Ł
ِŁۡ ŲَŁۡŲ«ُ ŁَŁ
ۡ ŁَŲۡŲŖَŲ³ِŲØُŁŲ§ْۖ ŁَŁَŲ°َŁَ ŁِŁ ŁُŁُŁŲØِŁِŁ
ُ Ł±ŁŲ±ُّŲ¹ۡŲØَۚ ŁُŲ®ۡŲ±ِŲØُŁŁَ ŲØُŁُŁŲŖَŁُŁ
ŲØِŲ£َŁۡŲÆِŁŁِŁ
ۡ ŁَŲ£َŁۡŲÆِŁ Ł±ŁۡŁ
ُŲ¤ۡŁ
ِŁِŁŁَ ŁَŁ±Ų¹ۡŲŖَŲØِŲ±ُŁŲ§ْ ŁَٰٓŲ£ُŁْŁِŁ Ł±ŁۡŲ£َŲØۡŲµَٰŲ±ِŁ¢﴾
“Dialah (Allah) yang mengeluarkan orang-orang kafir antara Ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahawa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka daripada (seksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang Mukmin. Maka, ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai wawasan!” (Surah al-Hasyr: 2)
Dan juga firman Allah SWT:
﴿ŁَŲ£َŁŲŖُŁ
ۡ Ų£َŲ“َŲÆُّ Ų±َŁۡŲØَŲ©ٗ ŁِŁ ŲµُŲÆُŁŲ±ِŁِŁ
Ł
ِّŁَ Ł±ŁŁَّŁِۚ Ų°َٰŁِŁَ ŲØِŲ£َŁَّŁُŁ
ۡ ŁَŁۡŁ
ٞ ŁَّŲ§ ŁَŁۡŁَŁُŁŁَŁ”Ł£ ŁَŲ§ ŁُŁَٰŲŖِŁُŁŁَŁُŁ
ۡ Ų¬َŁ
ِŁŲ¹ًŲ§ Ų„ِŁَّŲ§ ŁِŁ ŁُŲ±ٗŁ Ł
ُّŲَŲµَّŁَŲ©ٍ Ų£َŁۡ Ł
ِŁ ŁَŲ±َŲ§ٓŲ”ِ Ų¬ُŲÆُŲ±ِۢۚ ŲØَŲ£ۡŲ³ُŁُŁ
ŲØَŁۡŁَŁُŁ
ۡ Ų“َŲÆِŁŲÆٞۚ ŲŖَŲۡŲ³َŲØُŁُŁ
ۡ Ų¬َŁ
ِŁŲ¹ٗŲ§ ŁَŁُŁُŁŲØُŁُŁ
ۡ Ų“َŲŖَّŁٰۚ Ų°َٰŁِŁَ ŲØِŲ£َŁَّŁُŁ
ۡ ŁَŁۡŁ
ٞ ŁَّŲ§ ŁَŲ¹ۡŁِŁُŁŁَŁ”Ł¤﴾
“(Kerana) sesungguhnya kamu dalam hati mereka (kaum Yahudi), lebih ditakuti daripada Allah; oleh yang demikian, disebabkan mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaran-Nya). (13) (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang mempunyai benteng kukuh, atau di sebalik tembok. Permusuhan antara mereka sesama sendiri amatlah keras; kamu menyangka mereka bersatu padu, sedangkan hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Hal ini demikian kerana, mereka ialah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberikan kebaikan kepada mereka). (14)” (Surah al-Hasyr: 13-14)
Sesungguhnya, mukjizat al-Quran dapat disaksikan oleh sesiapa yang bertadarus al-Quran pada bulan Ramadan. Mereka bukan sekadar mendapat pahala membacanya, bahkan mendapat cahaya ilmu Allah yang menguatkan iman.
Hari ini kita juga dapat menyaksikan kegagalan dan kelemahan strategi Amerika Syarikat yang menjaga kepentingan dirinya sahaja. Sehinggakan, mereka berlagak seperti polis dunia yang angkuh mempergunakan negara lain demi menjaga kepentingannya.
Walaupun mereka perlu membunuh dengan kejam, mencetuskan peperangan di negara lain demi menjadikan medan perang jauh dari negaranya sendiri dan menggunakan pangkalan-pangkalan tetap dan kapal-kapal induk yang bergerak. Di samping itu, mereka menggunakan senjata yang paling jauh jarak kemampuannya.
Kini, mereka sedang menghadapi krisis dalaman yang merosakkan politik demokrasi yang dibangga-banggakan oleh mereka dengan bantuan bapa angkatnya, Zionis Israel. Hal ini penting bagi menghadapi perlumbaan dalam pilihan raya Presiden, Senat, dan bandar-bandar besar yang utama.
Maka, dicetuskan provokasi peperangan antara Ukraine dan Rusia dan ketegangan dalam isu yang melibatkan Taiwan dan China dengan mempergunakan negara Eropah dan Asia untuk menjadi khadamnya yang menunjukkan tanda kekalahan mereka. Hal ini demikian kerana, beberapa negara Eropah dan Asia telah menunjukkan sifat tidak proaktif dan ada pula yang seperti menarik diri, kecuali beberapa negara kecil yang boleh ditarik menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan pakatan yang lain.
Kita mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Malaysia tidak menjadi bodoh dalam langkah dan tindakannya. Hal ini demikian kerana, gabungan politik itu mempunyai paling banyak katak yang dikumpul bersamanya bagi mencukupkan penubuhan kerajaan dan diletakkan pula di bawah tempurung.
Adapun Zionis Israel sedang berada dalam keadaan gundah-gulana dengan perubahan angin yang tidak bertiup membantunya, sehingga kabinetnya berbincang panjang. Akhirnya, terpaksa ditangguhkan pertukaran Menteri Pertahanan, mengerahkan tentera simpanan dan lain-lain langkah kecemasan.
Manakala kumpulan pelampau Yahudi pula lebih mengganas dan dipersenjatai, sehingga mencetuskan keadaan yang lebih membakar dan meningkatkan semangat juang rakyat Palestin yang cintakan mati. Keadaan ini berbeza dengan orang Yahudi yang sangat takut kepada kematian, walaupun mereka bermegah bahawa merekalah bangsa yang paling hampir kepada Allah SWT di Hari Akhirat. Firman Allah SWT:
﴿ŁُŁۡ Ų„ِŁ ŁَŲ§ŁَŲŖۡ ŁَŁُŁ
ُ Ł±ŁŲÆَّŲ§Ų±ُ Ł±ŁۡŲ£ٓŲ®ِŲ±َŲ©ُ Ų¹ِŁŲÆَ Ł±ŁŁَّŁِ Ų®َŲ§ŁِŲµَŲ©ٗ Ł
ِّŁ ŲÆُŁŁِ Ł±ŁŁَّŲ§Ų³ِ ŁَŲŖَŁ
َŁَّŁُŲ§ْ Ł±ŁۡŁ
َŁۡŲŖَ Ų„ِŁ ŁُŁŲŖُŁ
ۡ ŲµَٰŲÆِŁِŁŁَŁ©Ł¤ ŁَŁَŁ ŁَŲŖَŁ
َŁَّŁۡŁُ Ų£َŲØَŲÆَۢŲ§ ŲØِŁ
َŲ§ ŁَŲÆَّŁ
َŲŖۡ Ų£َŁۡŲÆِŁŁِŁ
ۡۚ ŁَŁ±ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِŁŁ
ُۢ ŲØِŁ±ŁŲøَّٰŁِŁ
ِŁŁَŁ©Ł„ ŁَŁَŲŖَŲ¬ِŲÆَŁَّŁُŁ
ۡ Ų£َŲۡŲ±َŲµَ Ł±ŁŁَّŲ§Ų³ِ Ų¹َŁَŁٰ ŲَŁَŁٰŲ©ٖ ŁَŁ
ِŁَ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų£َŲ“ۡŲ±َŁُŁŲ§ْۚ ŁَŁَŲÆُّ Ų£َŲَŲÆُŁُŁ
ۡ ŁَŁۡ ŁُŲ¹َŁ
َّŲ±ُ Ų£َŁۡŁَ Ų³َŁَŲ©ٖ ŁَŁ
َŲ§ ŁُŁَ ŲØِŁ
ُŲ²َŲۡŲ²ِŲِŁِŪ¦ Ł
ِŁَ Ł±ŁۡŲ¹َŲ°َŲ§ŲØِ Ų£َŁ ŁُŲ¹َŁ
َّŲ±َۗ ŁَŁ±ŁŁَّŁُ ŲØَŲµِŁŲ±ُۢ ŲØِŁ
َŲ§ ŁَŲ¹ۡŁ
َŁُŁŁَŁ©Ł¦﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi), ‘Jika kamu (menganggap bahawa) negeri akhirat (syurga) itu telah menjadi hak istimewa untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain. Maka, cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar.’ (94) Dan sudah tentu mereka sekali-kali tidak akan mencita-citakan mati itu buat selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah diperbuat oleh tangan mereka (sendiri); dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim itu. (95) Demi sesungguhnya, kamu (wahai Muhammad) akan mendapati mereka itu manusia yang paling tamak haloba kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang Musyrik. Tiap-tiap seorang daripada mereka menginginkan agar diberikan umur untuk hidup seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan dapat menjauhkannya daripada azab seksa. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (96)” (Surah al-Baqarah: 94-96)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Ramadan 1444 / 13 April 2023
[Bil: 28 / 2023]
No comments
Post a Comment