NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran



BANGI, Ahad – Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara terus adalah lebih mudah berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengeluaran secara terus itu perlu dibenarkan bagi mereka yang hanya memerlukan dana untuk kecemasan.

“Jadi, jika anda mengambil pinjaman sebanyak RM70,000 dan membayar faedah, katakan lima peratus setahun, ia akan menjadi RM3,500. Sepanjang 10 tahun, ia menjadi RM35,000. Sedangkan KWSP tidak boleh menjamin pulangan lima peratus ke atas baki anda.

“Jumlah bersih daripada pinjaman RM70,000 selepas ditolak bayaran faedah ialah RM35,000. Dalam kes sedemikian, adalah lebih masuk akal bagi pencarum untuk mengeluarkan RM35,000 terus daripada Akaun 2. Dia (pencarum) tidak perlu membayar satu sen faedah,” katanya.

Memetik Utusan, beliau berkata, penggunaan simpanan KWSP sebagai sokongan permohonan pinjaman hanya akan membebankan rakyat dengan bayaran faedah yang akan dikenakan.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, tindakan pentadbiran sebelum ini membenarkan pengeluaran simpanan KWSP secara menyeluruh ketika pandemik mempunyai kesan yang agak serius.

Katanya, pengeluaran secara tiba-tiba oleh ahli KWSP akan mengganggu pelaburan dana persaraan yang akan menjejaskan pulangan masa hadapan.

Selain itu, membenarkan mereka yang tidak terjejas oleh pandemik mengeluarkan KWSP mereka adalah salah satu faktor yang membawa kepada inflasi.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan ahli KWSP akan dibenarkan menggunakan simpanan dalam Akaun 2 mereka untuk menyokong permohonan pinjaman bank.

Ia adalah penyelesaian alternatif kepada gesaan daripada pembangkang dan pelbagai kumpulan agar kerajaan membenarkan satu lagi pusingan pengeluaran KWSP.


Sumber I Tv Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo