NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cuepacs cadang gaji diawalkan 14 April

Cuepacs berkata pembayaran gaji awal bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri dijangka disambut 22 April.


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

Presidennya, Adnan Mat, berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

“Cuepacs yakin bahawa kerajaan mampu melaksanakan perkara tersebut kerana ia tidak melibatkan proses yang sukar selain dapat memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan sendiri.

“Cuepacs juga menyeru agar majikan di peringkat swasta turut berbuat demikian sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga pekerja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, Cuepacs juga berharap pembayaran gaji awal itu turut melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh penerimaan gaji iaitu 17 April ini.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilapor berkata akan mempertimbang supaya pembayaran gaji penjawat awam pada April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Adnan berkata, Cuepacs menghargai keprihatinan perdana menteri terhadap perkara itu kerana inisiatif bayaran gaji awal dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam.

“Khususnya bagi mereka yang pulang ke kampung, mereka boleh membuat pembelian lebih awal berbanding saat-saat akhir pada minggu terakhir Ramadan,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo