Puad Zarkashi mempersoalkan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim sama ada Anwar Ibrahim dapat mempengaruhi keputusan pengampunan. |
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim diingatkan “tidak berat sebelah” berhubung isu pengampunan Najib Razak, termasuk tindakan Zahid Hamidi menghantar representasi bagi kes rasuahnya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, berkata sepatutnya pemimpin PKR itu dari awal lagi membantah penubuhan kerajaan perpaduan melibatkan Barisan Nasional (BN).
“Hassan tidak boleh ‘double standard’ (berat sebelah). Bila Anwar dapat pengampunan diraja apakah ia malapetaka pada kerajaan memerintah ketika itu?
“Kalau Zahid dan Najib jadi isu sepatutnya dari awal lagi Hassan membantah penubuhan kerajaan perpaduan melibatkan BN,” katanya di Facebook.
Puad turut mempersoalkan kembali kenyataan Hassan sebelum ini, mengatakan kerajaan tidak akan retak dengan permohonan pengampunan Najib, pada 8 Apr.
“Selepas 24 jam dia cakap lain pula. Kenapa pusing? Kali ini Hassan dakwa ia adalah malapetaka pada Anwar. Apakah itu bermakna Anwar boleh mempengaruhi keputusan pengampunan?” soal puad.
Semalam, Hassan mengeluarkan kenyataan mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa imej baik kerajaan pimpinan perpaduan akan tercalar dan tercemar dengan isu pengampunan Najib Razak dan penangguhan kes Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Katanya, kedua-dua senario itu akan menjadi “malapetaka” kepada kerajaan pimpinan Anwar.
Semalam, Zahid yang juga presiden Umno berkata, pihaknya menghantar representasi menggugurkan tuduhan kes rasuah dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya kepada Peguam Negara Idrus Harun, pada Januari dan Februari lalu.
Terdahulu, Najib yang juga bekas presiden Umno dalam proses mengemukakan permohonan pengampunan diraja menerusi penghakiman menentang selepas rayuan semakan sabitan dan hukumannya ditolak Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 4-1, pada 30 Mac lalu.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment