NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelaksanaan cukai vape beban kepada sektor kesihatan



BANGI, Ahad – Kerajaan tidak wajar melaksanakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap milliliter (ml) sebaliknya perlu mengekang penggunaan vape khususnya oleh golongan remaja. 

Profesor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan kerajaan sepatutnya mengharamkan cecair vape serta peranti rokok elektronik (e-rokok) sama seperti kerajaan Singapura dan Thailand.

“Daripada dahulu lagi kita tegaskan bahawa kerajaan perlu mengharamkan vape dan peranti e-rokok sama seperti kerajaan Singapura dan Thailand mengharamkan perkara ini.

“Jadi, tidak timbul mengenai cukai sebab duit kutipan cukai tersebut tidak berbaloi untuk Kementerian Kesihatan (KKM) menanggungg implikasinya nanti.

“KKM juga harus mengetahui bahawa kos menguruskan perubatan dan rawatan akan semakin meningkat apabila perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi TV Pertiwi hari ini bagi mengulas mengenai tindakan kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok).

Jelas Dr Rafidah, penggunaan e-rokok ini juga memberi impak besar terhadap kesihatan tubuh badan seseorang antaranya menyebabkan penyakit Evali yang menjadi punca kerosakan paru-paru selain turut membebankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa akan datang.

“Jadi, kenapa kita perlu membenarkan satu polisi akan membebankan KKM kerana impak daripada vape iaitu penyakit Evali yang mengakibatkan kecederaan paru-paru.

“Kita juga ada banyak bukti daripada negara-negara barat bahawa remaja mereka yang ketagihan vape mengalami masalah paru-paru yang serius,” tambahnya.

Tambah beliau, kerajaan sepatutnya menguatkuasakan dahulu Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007 sebelum melaksanakan percukaian. 

Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaan cukai cecair vape untuk e-rokok. 

Sementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pula menyatakan tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952. 

Pengecualian tersebut terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin yang didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


Sumber I Tv Pertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo