NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas tak boleh masuk ke 'dapur masakan' DAP - Presiden PAS



SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu tidak boleh ditipu dan diheret keluar daripada dasarnya serta hala tuju Islamnya.

Justeru katanya, Pas tidak boleh dimasukkan ke dalam 'dapur masakan' DAP yang ada bersamanya makanan tidak halal, walaupun bertukar tukang masaknya atau diambil tukang masak beragama Islam.

"Pas mempunyai pendekatan Islam dalam masyarakat majmuk yang tidak menghalang kalangan bukan Islam menganut agama masing-masing.

"Bahkan, perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam dibenarkan kepada mereka secara bertasamuh mengikut sempadan masing-masing dan bersatu dalam titik persamaan dari segi kemanusiaan sejagat.


"Dulu Pas bertahaluf dengan DAP dan bersama parti-parti lain dalam gagasan pembangkang berkonsepkan titik persamaan kemanusiaan yang tidak menyentuh dasar parti dan tidak terpesong hala tujunya.

"Pas menarik diri daripada tindakan agresif melalui Bersih bersama DAP dan rakan-rakannya yang tidak menunjukkan kebersihannya dalam amalan demokrasi yang sebenar.


"Sehinggakan, boleh mengundang campur tangan asing dalam urusan tanah air kita," katanya.

Dakwanya lagi, DAP mendedahkan penipuan yang tidak dapat disembunyikan lagi apabila bekerjasama dengan UMNO dengan tujuan mendapat undi Melayu Islam bagi menampung kegagalan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara yang kehilangan undi Melayu Islam.

"Langkah yang menguji rakan-rakan UMNO, sama ada perjuangan politik kerana cari makan dan jawatan atau kerana syarat menunaikan amanah perjuangan agama, bangsa dan tanah air dengan kuasa politik," katanya.


Sumber I Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Hadi Awang kata Pas tidak boleh diheret ke dapor DAP sebab di dalamnya ada masakan tidak halal. Demikian rigid dan sempitnya pemahaman politik Hadi yang dibambui agama.
    Sikap sedemikianlah yang diperingatkan oleh Anwar Ibrahim agar Melayu jangan angkuh dan perlu berpijak di bumi nyata mengerti realiti yang wujud.
    Pada saya sikap dan pendirian demikian bukan aqidah ahli dan penyokong Pas melainkan ia adalah aqidah jahiliah peribadi Hadi.
    Saya yakin dan percaya jika beliau tidak ada dalam dalam Pas parti itu lebih terbuka waras dan menerima hakikat ini perlu dibangukan bersama dengan semua kaum.
    Sejarah telah merakamkan akan dinimika politik Pas sejak 1951 hingga ke hari ini. Trims.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo