NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Disaman gagal pamer cukai jalan: anggota bakal dikenakan tindakan tataterbib

PETALING JAYA – Siasatan menjurus kepada tindakan tatatertib dikenakan terhadap seorang anggota polis peronda yang mengeluarkan saman kepada individu gagal mempamerkan cukai jalan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis berkenaan masih bertugas seperti biasa buat masa ini.

“Kita sudah mengambil keterangan anggota polis berkenaan dengan individu berkenaan. Tiada alasan bagi anggota polis berkenaan melakukan kesilapan itu.

“Ini kerana taklimat sudah diadakan dan arahan sudah dikeluarkan di peringkat Bukit Aman supaya tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamer lesen kenderaan motor,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Walkabout di Bazar Ramadan Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya masih belum ada keputusan berhubung tindakan yang dikenakan terhadap kecuaian anggota terbabit.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan siasatan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dipetik berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran dimuat naik pemilik akaun Facebook, Faiz Sulaiman mengenai saman yang dikenakan terhadapnya.

Dalam pada itu, Fakhrudin memaklumkan pihaknya baru menerima 54 permohonan orang ramai berhubung dengan Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Katanya, sempena Ops Selamat yang bermula hari ini sehingga 28 April hadapan bermulanya operasi rondaan di kawasan perumahan sekitar daerah ini.

“Kira-kira 1,350 anggota polis di daerah ini akan bertugas sepanjang Ops Selamat yang bertujuan mencegah jenayah dan memastikan kelancaran trafik,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo