NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri berbohong untuk cemar imej Menteri Besar Kedah - CheguBard

MENTERI BERBOHONG UNTUK CEMAR IMEJ MENTERI BESAR KEDAH

Pihak Kerajaan Persekutuan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar bersungguh untuk membunuh watak bersih dan cemerlang Menteri Besar Kedah. Seolah-olah ada perancangan tersusun bagi melaksanakan character assassination oleh pihak kerajaan PH ke atas Sanusi yang merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya PN.

Setelah bertalu-talu Perdana Menteri cuba berbohong dengan fakta tidak tepat ke atas Sanusi ia beri petanda untuk semua Menteri adalah wajib menghalakan serangan dan sasaran kepada Sanusi. Anthony Loke, Muhammad Sabu dan terbaru Nik Nazmi yang secara jelas menyebut nama Sanusi dalam Parlimen untuk membohongi rakyat betapa tanah rizab Kedah banyak terhakis disebabkan oleh Menteri Besar Kedah.
Ini bukan sahaja mengejutkan rakyat Kedah namun pihak Istana Anak Bukit juga turut mengambil perhatian terhadap kenyataan yang dikeluarkan secara lisan oleh Menteri di Parlimen. Pihak Istana telah merujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai perkara ini dan dimaklumkan bahawa kenyataan Menteri Sumber Asli merujuk data 2022 adalah mengelirukan dan tidak tepat.

Oleh itu pihak Pejabat Tanah dan Galian Kedah melalui mesyuarat pada 2 April telah membetulkan nilai sebenar keluasan tanah rizab negeri Kedah bagi tahun 2022 sehingga Jan 2023.
Jika dilihat pada rekod pada tahun lepas semasa sidang Parlimen 2022 menunjukkan Kedah berada di tempat ketiga tanah rizab paling luas selepas Kelantan dan Perak. Malah perbandingan antara 2020 dan 2021 menunjukkan ada pertambahan tanah rizab di Kelantan dan di Kedah (takmau puji Sanusi ka).
Paling terbaru rekod tanah rizab di Kedah sehingga Januari 2023 ialah 721,905 hektar membawa maksud selama pentadbiran Sanusi tanah rizab melayu tidak berkurang sebaliknya semakin bertambah dari tahun ke tahun (lihat gambar seterusnya). 

Data juga menunjukkan terdapat penyusutan tanah rizab di Selangor pada tahun lepas yang menduduki tempat kelapan setelah empat negeri tidak mempunyai data tanah rizab. Hatni takdak sapa-sapa nak hingaq kat MB Selangoq juai tanah ka? 

Rekod yang baru sahaja Pejabat Tanah dan Galian Kedah keluarkan ini jelas sangat bercanggah dengan kenyataan Menteri KETSA pada minggu lepas maka benarlah Menteri Besar Kedah sengaja dijadikan sasaran untuk memburukkan cara dan gaya kepemimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi melemahkan Gelombang Hijau PN.

Dengan rekod dan data yang ditunjukkan ini membuktikan Menteri KETSA berbohong demi mengikut teladan sebahagian besar kelakuan Menteri yang menjadikan amalan bohong sebagai satu standard baru atau adakah ia cuba memenuhi kriteria Madani?

Sanusi dianggap oleh banyak pihak dalam gabungan PH-BN sebagai ancaman paling utama dalam PRN nanti. Malah sosok Sanusi didapati lebih diminati oleh pengundi-pengundi muda daripada watak PM Anwar.

Maka kerana itulah Sanusi akan sentiasa dijadikan punching bag oleh semua pemimpin PH-BN bagi cuba menarik pengundi-pengundi menyokong PH-BN dalam PRN tidak lama lagi.

Bak kata Sanusi, "hangpa jangan dok percaya sangat hat dok bercakap di Parlimen. Daripada ketua sampai ke anak buah semua muhong ataih darat.

*terdapat empat negeri tidak tidak menunjukkan data tanah rizab negeri dan direkodkan sebagai tiada maklumat.

**data diperolehi daripada hansard parlimen yang dibentangkan pada tahun 2022

***rekod terbaru dikeluarkan oleh PTG Kedah untuk menolak dakwaan Menteri KETSA.

Rujukan Fb MB

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo