NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Main mercun lepas 12 malam boleh kena tindakan, kata polis

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin menasihatkan orang ramai supaya bermain bunga api atau mercun di kawasan lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Individu yang bermain mercun melebihi jam 12 tengah malam boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya jika mengganggu ketenteraman awam.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100.

Noorsiah berkata, bunga api merupakan suatu bahan letupan yang dikategorikan sebagai ‘dangerous good cargo’ (DGC) dan ‘hazard class division (HCD) 1.4g, sekiranya dimainkan secara berbahaya, ia boleh mendatangkan kecederaan.

“Individu yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo