NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah kekal kemenangan Yuneswaran di Segamat pada PRU15

Calon PH, R Yuneswaran (kanan) menewaskan calon BN, M Ramasamy dengan majoriti 5,669 undi di Parlimen Segamat pada PRU15.




PETALING JAYA: Mahkamah Pilihan Raya Muar mengekalkan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) R Yuneswaran di Parlimen Segamat pada PRU15 tahun lalu.

Hakim Radzi Abdul Hamid menolak petisyen pilihan raya pesaing daripada Barisan Nasional (BN) M Ramasamy yang mencabar kemenangan Yuneswaran.

Mahkamah mendapati petisyen dikemukakan Ramasamy cacat dan tidak menepati keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Yuneswaran menang di Segamat dengan majoriti 5,669 undi pada November tahun lalu. Beliau mengalahkan Ramasamy, dan calon Perikatan Nasional, P Poobalan, selain calon Pejuang, Syed Hairoul Faizey.

Radzi mengarahkan Ramasamy membayar kos RM30,000 masing-masing kepada Yuneswaran dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam petisyennya, Ramasamy mendakwa Yuneswaran dan ejennya melanggar peraturan pilihan raya melibatkan bahan kempen.

Calon daripada MIC itu turut mendakwa Yuneswaran mengedarkan bungkusan makanan kepada pengundi ketika berkempen.

Peguam G Manivanan, Adi Zulkarnain Zulkafli, dan Lau Yi Leong, mewakili Yuneswaran, manakala Shafee Abdullah mewakili Ramasamy.

Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom mewakili SPR.

Petisyen itu merupakan satu daripada 11 yang dikemukakan calon bagi mencabar keputusan PRU15.


Sumber I FMT Malaysia 













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo