NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lesen Pengelola Jemaah Haji Emraz travel digantung serta-merta

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (Th) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

Menurut kenyataan TH, keputusan ini diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sejajar itu, bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan termasuk anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

“TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuklah perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

“TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi untuk menjamin kebajikan jemaah haji negara. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo