NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gara-gara pindah kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000

SETIU: Seorang pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan memindahkan 62 ekor kambing tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), tahun lalu.

Hukuman itu dibuat Majistret Ainis Abu Hassan Ashaari, setelah tertuduh, Abli Abdullah, 46, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya hari ini.

Mahkamah kemudian turut menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan 62 ekor kambing bernilai RM28,470 tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah JPV Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat pekan Chalok, di sini, kira-kira pukul 11.15 malam pada 13 Oktober 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Perenggan i(b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah Negeri Terengganu di bawah Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM15,000 di bawah Subseksyen 36(7) Akta yang sama.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPV, Mohd. Shahihan Mohd. Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo