Ahmad Faris dan isteri menunjukkan gambar anak tunggalnya.
Ahmad Faris dan isteri menunjukkan gambar anak tunggalnya.

KOTA BHARU: Kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia pada Selasa dipercayai kerana strok haba.

Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, berkata anak tunggalnya, Nur Imani, batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

Katanya, Nur Amani dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II Isnin lalu dan doktor yang merawat memberi ubat dan meminta anaknya dibawa pulang.

Ahmad Faris berkata, keadaan anaknya semakin teruk sebelum meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa.

"Punca kematian hasil bedah siasat ialah strok haba. Air dalam badan semua kering. Paru-paru sudah kecut," katanya di sini, hari ini.

Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba dan dehidrasi.

Muhamad Syamil Aqil, menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok, jam 9.27 pagi.

- Bharian