NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Menteri Kewangan bertentangan Akta KWSP




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberi peluang menggunakan simpanan mereka sebagai cagaran membuat pinjaman bank sebagai mengelirukan.

Ketua Whip PERIKATAN NASIONAL (PN) itu berkata, ini kerana kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan Akta KWSP.

Sehubungan itu, katanya kenyataan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri perlu dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Usul mengenai perkara tersebut sebelum ini dibawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, namun malangnya telah ditolak pejabat Speaker Dewan Rakyat.

“Akta KWSP secara jelas mengatakan caruman tersebut tidak boleh dijadikan cagaran di bank bagi membuat pinjaman,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen PN keluar beramai-ramai dari Dewan Rakyat sebagai membantah tindakan Speaker menolak usul mengenainya dibahaskan.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen PN Kota Bharu berkata, tindakan mereka keluar seketika dari sidang Dewan Rakyat sebagai tanda protes apabila usul mengenai pengeluaran wang KWSP secara bersasar tidak dibenarkan.

Katanya, rakyat telah lama menunggu penjelasan kerajaan mengenai cadangan tersebut.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau menghantar usul mengenainya secara bertulis kepada Pejabat Speaker akhir Mac lepas untuk membolehkan usul tersebut dibincang.

Katanya, beliau juga menunggu jawapan bertulis daripada Menteri Kewangan mengenainya, namun tidak mendapat maklum balas.

“Saya hendak bertanya kepada kerajaan, apa rancangan yang dibuat kerana pencarum tidak dibenarkan mengeluarkan milik mereka di KWSP secara bersasar.

“Sedangkan rakyat menunggu apa keputusan kerajaan. Rakyat menunggu perbahasan mengenai perkara itu, namun ia tidak menjadi kenyataan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/4/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo