NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JPJ kuatkuasa 7 kesalahan tak boleh dikompaun, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah, berkata seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ terlibat dalam Ops Bersepadu bermula hari ini sehingga 27 April ini. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan tujuh kesalahan lalulintas tidak dibenarkan kompaun sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ia membabitkan memotong barisan dan garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah, berkata selain itu kesalahan lain ialah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

“Turut dikuatkuasakan ialah perintah larangan pemanduan kenderaan barangan di jalan raya iaitu pada dua hari sebelum perayaan iaitu 20 dan 21 April serta dua hari selepas perayaan, 24 dan 25 April.

“Ini bertujuan mengelakkan risiko berlakunya nahas di jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas, ” katanya menurut Bernama.

Sementara itu, Hasbi berkata, seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ terlibat dalam Ops Bersepadu yang bermula hari ini sehingga 27 April ini dengan pendekatan operasi memfokuskan kepada 76 lokasi “black spot” di jalan persekutuan yang menjadi antara kawasan mempunyai kadar kemalangan tertinggi.

Beliau berkata selain itu, pendekatan menerusi strategi “covert” dan “overt” termasuk penggunaan dron di lokasi tertentu bagi memantau dan merakam etika pemanduan tidak selamat oleh pemandu serta pelanggaran peraturan kesalahan jalan raya, turut akan dilaksanakan.

Katanya, antara penguatkuasaan lain dilaksanakan adalah dengan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, pemantauan dan penguatkuasaan di jajaran black spot kemalangan, pelaksanaan persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) dan Ops Khas Motosikal.

“JPJ juga mengadakan Pra Ops Hari Raya bermula 14 April hingga semalam melibatkan pemeriksaan bas di 76 buah depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara bagi memastikan bas sentiasa berada dalam keadaan ‘road worthiness’ serta melakukan pemeriksaan mengejut di stesen penguatkuasa, Hentian Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah di lebuhraya seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Zailani Hashim yang turut hadir pada program berkenaan, berkata keanggotaan dalam Ops Bersepadu akan ditambah mengikut keperluan dan boleh mencecah sehingga 2,300 hingga 2,500 anggota.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo