NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elak derma masuk akaun lain, masjid diminta pantau kod QR

Ketua Pengarah Jakim, Hakimah Mohd Yusof berkata orang ramai juga diminta berhati-hati dan membuat semakan sebelum menyumbang melalui kod QR.


PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) meminta ahli jawatankuasa masjid dan surau supaya sentiasa memantau kod QR pada kotak derma di kawasan seliaan masing-masing supaya sumbangan atau infaq yang diberikan orang ramai tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarahnya, Hakimah Mohd Yusof berkata orang ramai juga disaran membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

“Sekiranya merasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid atau surau, orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak masjid atau surau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Jakim mengambil maklum video tular yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid atau surau dalam kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Tular di media sosial klip video yang dipercayai berlaku di negara jiran memaparkan seorang lelaki yang menukar kod QR pada kotak derma masjid dengan kod QR untuk ke akaun bank miliknya.

Media melaporkan, polis Indonesia menahan lelaki tersebut dan merampas 50 pelekat kod bar QR palsu untuk menyeleweng dana daripada orang awam di beberapa masjid di Jakarta Selatan.



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo