NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Disebalik sokong Anwar, DAP Sarawak terus kekal pembangkang negeri


story-image
DAP Sarawak mengikrarkan sokongannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi pada masa yang sama akan berkhidmat sebagai pembangkang di negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan kepada Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Sarawak di Kuching semalam.

“Bagi pihak PH Sarawak, pengerusi kami Chong Chieng Jen mengesahkan bahawa PH Sarawak akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri sehingga penggalnya tamat.

“(Perdana menteri) juga mengambil maklum pendirian DAP Sarawak sebagai pembangkang di Sarawak dan menghormati pendirian itu,” kata ketua penerangan PH Sarawak, Abun Sui Anyit.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut tentang dua lagi parti komponen PH Sarawak - PKR dan Amanah - sama ada akan memainkan peranan pembangkang negeri atau sebaliknya.

Kedua-dua PKR dan Amanah tidak mempunyai sebarang kerusi dalam DUN Sarawak yang mempunyai 82 kerusi itu. Parti pembangkang dengan kerusi terbanyak ialah Parti Sarawak Bersatu yang mempunyai tiga kerusi.

Anwar berada di Sarawak petang semalam untuk lawatan ringkas dan sempat merasmikan sebuah hotel serta mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg.

Abun Sui berkata pertemuan PH Sarawak dengan Anwar semalam adalah yang pertama sejak dia dilantik sebagai perdana menteri.

“Perdana Menteri mengaambil maklum permintaan PH Sarawak dan akan mempertimbangkan cadangan kami, termasuk pemberian cuti tanpa rekod untuk rakyat Sarawak di Semenanjung Malaysia yang menyambut Hari Gawai.

“PH Sarawak juga diminta membantu mengukuhkan kerajaan perpaduan dengan menyebarkan konsep Malaysia Madani ke seluruh negeri,” kata Abun Sui.

PH Sarawak mempunyai enam kerusi di Dewan Rakyat. Terdapat 31 ahli parlimen dari Sarawak.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo