NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arah kiblat tersasar, JAKIM & Majlis Agama Negeri perlu keputusan bersama



BANGI, Selasa – Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Nooh Gadut menyifatkan isu arah kiblat yang tepat mengikut syariat adalah perkara sensitif yang membabitkan hal ehwal agama Islam semua negeri.

Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan memanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Negeri bagi berbincang mengenai isu arah kiblat yang tersasar.

“Beri sedikit masa untuk kami berbincang dengan JAKIM dan majlis agama setiap negeri bagi memperincikan (isu kiblat tersasar),dan menetapkan prosedur yang perlu dilakukan.Perkara ini tidak boleh diberi pandangan melalui satu pihak sahaja, peribadi mahupun mengikut negeri masing-masing, terutama dalam menentukan prosedur menetap atau mengukur semula arah kiblat yang disyariatkan di Malaysia,”

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Nooh Gadut menyifatkan isu arah kiblat yang tepat mengikut syariat adalah perkara sensitif yang membabitkan hal ehwal agama Islam semua negeri.

Nooh berkata, sebarang keputusan tidak boleh dipengaruhi oleh pandangan satu pihak, peribadu dan mengikut negeri masing-masing. 

Memetik Berita Harian, beliau berkata, pihak berkepentingan perlu mencari kaedah paling tepat dalam memastikan setiap arah kiblat umat Islam tidak tersimpang yang boleh mengakibatkan ibadat wajib seperti solat lima waktu terbatal.

Beliau juga mencadangkan JAKIM menubuhkan jawatankuasa bertindak yang turut disertai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata demikian susulan semalam, media melaporkan 40 peratus arah kiblat Lembah Klang tersasar.

Keadaan itu menyaksikan arah kiblat tersasar sehingga 180 darjah dari kedudukan sebenar yang melibatkan 20,000 kediaman dan premis. 


Sumber | Tv Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo