NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 Ahli Parlimen DAP gesa polis henti siasat, hukum cubaan bunuh diri

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata polis tidak seharusnya ‘menghukum’ mereka yang cuba membunuh diri dengan menyiasat mereka kerana akan menyebabkan lebih trauma.

PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen DAP menggesa siasatan terhadap cubaan membunuh diri digugurkan dan satu moratorium dikuatkuasa terhadap siasatan seperti itu, selepas polis menyiasat seorang remaja yang cuba membunuh diri.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata polis tidak seharusnya “menghukum” mereka yang cuba membunuh diri dengan menyiasat mereka kerana akan menyebabkan lebih trauma.

Katanya, tindakan seperti itu tidak akan menyelesaikan masalah sedia ada.

“Bimbang dikenakan tindakan undang-undang menghalang seseorang itu mendapatkan bantuan yang sangat mereka perlukan.

“Mereka yang cuba membunuh diri perlukan sokongan dan belas kasihan, bukannya hukuman,” katanya kepada FMT.

Syerleena berkata, dengan menjadikan cubaan membunuh diri bukan lagi satu jenayah akan membantu menukar fokus daripada menghukum kepada menyediakan sokongan dan sumber kepada mereka yang berdepan masalah.

Beliau mengulas keputusan polis Negeri Sembilan yang menyiasat remaja 16 tahun yang cuba membunuh diri pada bulan lepas selepas dituduh berkelakuan tidak senonoh di sekolah.

Kerajaan sebelum ini berhasrat menjadikan cubaan bunuh diri bukan lagi satu jenayah. Putrajaya juga membentangkan rang undang-undang (RUU) berkenaan perkara itu pada awal bulan ini.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berkata bukan satu kesalahan untuk polis menyiasat cubaan bunuh diri kerana ia ada dalam peruntukan Kanun Keseksaan dan masih sah sehingga pindaan dibuat.

Bagaimanapun, katanya Putrajaya kini membentangkan RUU untuk menjadikan bunuh diri bukan satu jenayah, menyebabkan tindakan polis itu boleh menimbulkan tanggapan mereka mempunyai pendirian bertentangan dengan kerajaan berkait isu tersebut.

“Kerajaan perlu mengumumkan satu moratorium terhadap semua siasatan dan pendakwaan terhadap kes cubaan membunuh diri sehingga RUU itu dibahas dan diluluskan Parlimen.”

Sementara itu, Syerleena juga menggesa kementerian berkaitan untuk mula menyekat dan mendidik polis serta agensi penguatkuasa lain untuk menilai semula pendekatan mereka apabila mengendalikan kes cubaan membunuh diri.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo