NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

12 kes Covid-19 subvarian Arcturus dikesan di Malaysia



KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kes Covid-19 subvarian XBB.1.16 (Arcturus) telah dilaporkan di Malaysia dan kesemuanya bergejala ringan dan stabil.

Menurut Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa, enam kes dikesan di Sarawak, empat di Selangor dan dua di Kuala Lumpur.

Sehingga 2 April lalu subvarian tersebut telah dikesan sekurang- kurangnya di 31 buah negara di seluruh dunia.

Subvarian itu terbentuk hasil gabungan atau rekombinan varian BA.2.10.1 dan BA.2.75.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengelaskan subvarian ini sebagai Variant of Interest sejak 17 April lalu.

“Penilaian risiko peringkat global melaporkan risiko jangkitan dan keterukan kes yang disebabkan oleh subvarian XBB1.16 adalah lebih rendah dari subvarian XBB.1.5 dan varian/subvarian lain yang telah dilaporkan sebelum ini.

“Walaupun Malaysia telah mengenal pasti varian XBB.1.16 sejak bulan Mac 2023 keadaan jangkitan Covid-19 masih lagi terkawal dan tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital,” katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan kes Covid-19 terkini yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 16/2023 telah menurun sebanyak 6.4% iaitu daripada 5,149 kes kepada 4,817 kes berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada ME 15/2023.

Sehingga kini 70.97% (18,319 kes) daripada jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 adalah dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) jenis varian Omicron dan subvariannya.-MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo