NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO enggan hidupkan MN, Pas kini fokus kuatkan PN

Ahmad Fadhli Shaari berkata, walaupun Umno semakin dingin untuk menghidupkan Muafakat Nasional, PAS tetap akan meneruskan agenda penyatuan ummah.


KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan selamat maju jaya kepada Umno, selepas parti itu dilihat tidak lagi berminat memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN), sebaliknya mahu fokus dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyatuan ummah tak pernah berhenti dan parti itu akan terus memperkukuhkan hubungan dengan rakan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Saya nak ucapkan selamat berjaya. Kami akan fokus memperkuatkan PN yang sudah mendapat sokongan besar orang Melayu dan Bumiputera,” katanya selepas melancarkan Tabung Makanan Mahasiswa Nasional.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki yang berkata, Umno tidak lagi memikirkan soal MN, sebaliknya terus fokus bekerjasama dengan kerajaan perpaduan bagi mewujudkan kerajaan stabil.

Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, walaupun Umno semakin dingin untuk menghidupkan MN, PAS tetap akan meneruskan agenda penyatuan ummah.

“Bagi kita, soal penyatuan ummah ini perlu diteruskan dan dilaksanakan. Momentumnya tidak akan terkesan dengan kenyataan Asyraf itu.

“Semua tahu kecenderungan Umno sekarang ini dan saya tahu perpaduan ummah tidak lagi menjadi agenda mereka.”

Dalam perkembangan lain, Fadhli berkata, PN akan memuktamadkan jumlah kerusi untuk sayap Pemuda gabungan itu pada PRN enam negeri dalam masa terdekat, dengan mengambil kira sokongan orang muda pada PRU15.

“Dengan kejayaan calon-calon muda dalam PRU lepas, saya fikir pimpinan PN sudah dapat menilai sendiri bagaimana sambutan anak muda, dan pimpinan PN akan buat keputusan terbaik.

“Pembahagian kerusi akan diselesaikan secara dalaman. Apa yang penting, kita cuba untuk menang sebanyak mungkin, tak penting banyak mana bertanding, tapi yang penting sebanyak mana kita menang.”


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo