NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukan badminton ada ‘Anak-anak Sidek’, sukan ping pong pula ada ‘Anak-anak Hizir’



Jika sukan badminton ada ‘Anak-anak Sidek’, sukan ping pong pula ada ‘Anak-anak Hizir’. Itulah antara gelagat yang sempat dirakam Harimau Malaya ketika temubual eksklusif bersama dengan pemain-pemain ping pong di akademi  A Power Team di Kepong, Selangor.

Mula berkecimpung dalam dunia ping pong selepas anak sulungnya meminati sukan ini sejak di bangku sekolah sehingga akhirnya ‘merebak’ kepada adik-adiknya yang lain.

“Asalnya memang kami fokus pada bola dan saya juga menghantar anak-anak ke akademi bola sepak, namun selepas melihat minat anak lebih ke arah ping pong serta mendapat sokongan dari gurunya, jadi saya rasa boleh lah.”

katanya Encik Hizir kepada Harimau Malaya.

Selain itu, tiga daripada anaknya juga telah dihantar ke sekolah tahfiz swasta dan guru di sana turut memaklumkan bermain ping pong dapat membantu anak-anaknya untuk menghafaz Al-Quran.

“Saya bertanya dengan ustazah bagaimana mahu memperbaiki hafazan anak-anak dan turut berkongsi bahawa anak-anak menyertai kelab ping pong. Ustazah tersebut bagaimanapun memberi galakan untuk meneruskan bermain ping pong kerana ianya dapat membantu anak-anak lebih fokus serta dapat menyelaraskan anggota badan. Ternyata ia benar-benar terbukti berkesan. Bukan sahaja anak-anak lebih fokus dalam hafazan malah juga dalam pembelajaran.”

ujar Puan Zuriani.

Selain itu, kelebihan bermain ping pong juga adalah untuk memperbaiki refleks dengan ia membolehkan pemain merangsang kewaspadaan dan tumpuan mental serta mengembangkan ketajaman mental.

Mereka turut berkongsi telah mula menghantar ketujuh-tujuh anak yang kini berumur dari enam hingga 16 tahun sejak tahun 2019 ke akademi A Power Team tersebut.

Walaupun penglibatan anak-anaknya dalam sukan ping pong menelan belanja yang besar, namun ia tidak menjadi masalah buat Hizir dan Zuriani yang berharap agar anak-anaknya dapat bertanding sehingga ke peringkat daerah.

“Saya dan isteri mengambil cuti untuk menonton kejohanan MSSD peringkat daerah. Waktu itu perasan, tahun hadapan sekolah tersebut dah tak ada wakil yang kompetitif dan puncanya kami hanya nak bantu sekolah sahaja.”

Mengulas lanjut berkaitan dengan perbelanjaan, Hizir juga berharap ada pihak-pihak yang sudi tampil memberikan bantuan disebabkan anak-anaknya sudah mewakili Kuala Lumpur dan sememangnya memerlukan belanja yang besar.

Sebelum ini Hizir juga memaklumkan ada mendapat bantuan antaranya daripada kelab itu sendiri serta YB di daerah mereka, namun ianya hanya sekadar one-off.

Anak sulung beliau juga turut berkongsi bahawa Ma Long adalah idolanya dengan pemain ping pong dari China itu juga merupakan juara perseorangan Olimpik.

Menurutnya lagi, rakan-rakan di sekolah pada awalnya juga tidak suka bermain ping pong tapi lama kelamaan minat untuk bermain itu datang dan kini gelanggang ping pong sentiasa dipenuhi oleh rakan-rakannya.

“Harapan saya semoga anak-anak dapat bertanding hingga ke peringkat tertinggi. Kalau boleh sampai peringkat kebangsaan dan mungkin sampai Olimpik jika ada rezeki. Kami juga berharap dengan kehadiran kami di dalam sukan ping pong ini dapat membantu bangsa Melayu sendiri yang kurang terlibat dalam sukan ini untuk lebih minat dan lebih terbuka.”


Sumber | Harimau Malaya





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo