NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PSSI terima $5.6 juta dari program FIFA Forward 3.0, berapa pula FAM terima daripada program tersebut?



Bagi membantu perkembangan sukan bola sepak di seluruh dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tahun ini telah melancarkan program Forward 3.0 bagi menyediakan dana dan sokongan kepada negara-negara bersekutu.

Program tersebut akan berlangsung sehingga 2026 dan ia menyaksikan peningkatan pelaburan sehingga 30% kepada persatuan yang bernaung di bawahnya.

Antara yang telah mendapat manfaat daripada program itu adalah negara jiran, Indonesia yang menerima sebanyak USD5.6 juta (RM25.3 juta) untuk pembangunan pusat latihan di negara itu.

Baru-baru ini, Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir memberitahu bahawa dana tersebut akan meningkatkan lagi tahap saingan bola sepak di negara itu dengan persatuan negeri juga akan turut mendapat manfaat.

Pada Februari lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin turut bertemu dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino untuk membincangkan mengenai pembangunan bola sepak di negara ini, termasuklah program Forward 3.0.

Dalam pertemuan tersebut, Infantino memuji usaha yang dilakukan oleh Malaysia dalam memperkasakan bola sepak tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai satu contoh.

Namun, tiada pula dinyatakan sama ada terdapat dana yang diberi kepada pihak FAM, seperti apa yang diterima oleh Indonesia.

Menurut dokumen yang dikeluarkan FIFA mengenai program tersebut, setiap ahli persatuan akan menerima sehingga USD5 juta (RM22.6 juta) bagi kos operasi melibatkan bola sepak.

Bukan itu saja, banyak lagi faedah yang akan diterima oleh ahli gabungan menerusi program itu.



Ini adalah satu usaha yang wajar dipuji daripada pihak FIFA kerana ia pasti akan membantu perkembangan bola sepak dunia, terutama untuk negara-negara kecil.

Peminat pastinya mengharapkan FAM juga menerima sejumlah dana bagi membantu meningkatkan lagi tahap bola sepak di Malaysia.

Sejak tahun lalu, arena bola sepak di negara ini dilihat semakin baik dan mula menunjukkan peningkatan mendadak, dengan lebih banyak dana yang diterima pastinya FAM mampu melakukan lebih lagi.

Pastinya ramai yang ternanti-nantikan jumlah dana yang diterima oleh FAM daripada pihak FIFA daripada program tersebut.


Sumber | Harimau Malaya




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo